Polis Malaysia dan agensi penguatkuasaan yang lain telah menggagalkan sebanyak 19 rancangan keganasan di negara ini antara 2013 dan 2017, demikian didedahkan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini.
Bagi tempoh sama, beliau berkata sebanyak 369 suspek militan Daish termasuk 87 warga asing telah ditahan.
Nur Jazlan berkata serangan grenad di kelab malam Movida di Puchong pada Jun 2016 dianggap sebagai serangan berkaitan Daish yang pertama di Malaysia, yang merupakan peringatan terhadap realiti keganasan moden itu.
"Syukur ia tidak melibatkan kematian dan pelakunya telah ditahan dan dihukum penjara.
"Konflik yang berlaku beribu batu jauhnya telah mendatangkan masalah yang besar dan nyata terhadap keselamatan di tanah air kita," katanya semasa menyampaikan kenyataan negara Malaysia pada Dialog Keselamatan Antarabangsa Putrajaya (PISD) 2018 di sini.
Nur Jazlan berkata masanya sudah tiba untuk komuniti antarabangsa menyemak semula pendekatan sedia ada untuk memerangi keganasan.
"Daripada mengambil tindakan reaktif, adalah lebih bijak untuk mengambil langkah-langkah proaktif dalam memastikan bibit-bibit ekstremisme dihapuskan," katanya dan menurutnya Malaysia telah mengilhamkan idea yang menawarkan pendekatan kesederhanaan dalam tafsiran agama khususnya bagi menangani Daish.
"Pendekatan secara keras, yang mungkin dilihat efektif untuk jangka masa pendek, tidak dapat menangani punca isu keganasan, sepertimana perang terhadap penjenayah dan pengganas kerana ini lebih kepada hati dan minda, perang terhadap perbezaan ideologi-ideologi," katanya.
Nur Jazlan berkata kaunseling dan pendidikan semula serta pembabitan pemimpin agama dan pakar dalam membetulkan dan menangani pandangan salah tentang Islam dengan pesalah keganasan, merupakan kaedah efektif dalam proses meradikalisasikan mereka.
"Ia juga bagi mengubah bekas pesalah untuk menjadi pihak penting dalam menangani propaganda dan ideologi Daish," katanya.
Sementara itu, Mehmet Mehdi Eker, wakil presiden Turki, dalam kenyataan negaranya, berkata keganasan hanya boleh ditangani menerusi kerjasama antarabangsa secara efektif.
Beliau berkata Turki percaya pendekatan secara kolektif dalam menangani ancaman terhadap keselamatan global dapat menyumbang terhadap usaha antarabangsa dalam memerangi keganasan.
"Hanya tindakan bersama dan kesepaduan boleh menjamin dunia yang lebih selamat dan aman," katanya.
Mehmet turut merakamkan penghargaan negaranya kepada Malaysia atas kerjasama dalam mengekang kegiatan pertubuhan pengganas Fethullah Terrorist Organisation (FETO) di Malaysia.
Beliau berkata Turki mempunyai pengalaman luas dalam memerangi keganasan dan terbabit secara aktif dalam memerangi pelbagai pertubuhan pengganas seperti Daish, Kurdistan Workers' Party (PKK) dan FETO.
"Tiada kumpulan pengganas yang harus disokong dan diberi justifikasi. Ini, malah, merupakan ujian terpenting terhadap keikhlasan. Di sini, kita semua perlu berada di landasan sama," kata Mehmet Mehdi.
Dialog berprofil tinggi selama dua hari itu berhubung isu-isu keselamatan antarabangsa bertemakan 'Kebijaksanaan dan Kesederhanaan Dalam Membanteras Keganasan' dianjurkan Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Rabitah Al-Alami Al-Islami, sebuah badan bukan kerajaan berpangkalan di Arab Saudi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 06 2018
NUR JAZLAN: Hanya tindakan bersama dan kesepaduan boleh menjamin dunia yang lebih selamat dan aman.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugut tuduhan edar dadah, miliki senjata tiruan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi kepada Peguam Negara (AG) bagi mengugurkan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.
Musk, individu pertama miliki kekayaan lebih AS$400 bilion
Elon Musk menjadi individu pertama yang dianggarkan memiliki kekayaan hingga melebihi AS$400 bilion, lapor Forbes dan Bloomberg. Sebahagian besar kekayaan Musk terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik, Tesla, dan syarikat aeroangkasa, SpaceX.
[TERKINI] Gagal teruskan permainan, slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, tidak dapat meneruskan saingan di final Jelajah Dunia BWF apabila menarik diri akibat kecederaan ketika bertemu, Li Shi Feng, sebentar tadi.
Final Jelajah Dunia BWF: Gagal teruskan permainan, penyertaan serta slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Penyertaan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, sah dibatalkan apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri ekoran kecederaan ketika bertemu wakil tuan rumah, Li Shi Feng.
Kedutaan AS di Sri Lanka keluar amaran kemungkinan serangan di kawasan pelancongan
Kedutaan AS terima maklumat yang boleh dipercayai mengenai ancaman serangan yang menyasarkan lokasi pelancongan popular.
PDRM tubuh Sel Jururunding hadapi situasi ancam keselamatan negara
PDRM lancar Sel Jururunding berperanan sebagai penghubung antara pihak kerajaan dengan pengganas jika berhadapan situasi ancam keselamatan negara.
Polis AS tahan wanita kerana ancaman terhadap Trump, bawa senjata api tanpa lesen
Christina Montoya dari San Antonio, Texas telah ditahan dan didakwa dengan kesalahan membawa pistol tanpa lesen.
KPM jamin keselamatan di semua institusi pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius ancaman keselamatan di beberapa sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat seperti yang dilaporkan oleh media.
Isu Palestin: Kawalan keselamatan PM Anwar dipertingkat - KPN
PDRM memberi jaminan akan mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan Perdana Menteri susulan pendedahan ugutan diterimanya kerana lantang bersuara dalam isu Palestin.
Polis pantau tujuh kumpulan ajaran sesat aktif di Malaysia - Razarudin
Polis sedang memantau tujuh kumpulan ajaran sesat yang dipercayai boleh mendatangkan ancaman keselamatan dan menggugat ketenteraman awam negara.
Muzium Louvre dan Istana Versailles dibuka semula
Menteri Dalam Negeri Perancis beri kelulusan untuk pembukaan semula selepas tiada bahan letupan ditemukan dan serangan berlaku.
Segera lapor pihak berkuasa sekiranya diancam, ditipu sindiket pemerdagangan - TPM Zahid
Ahmad Zahid menyeru rakyat Malaysia yang berada di luar negara, supaya melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya menyedari diri mereka ditipu.
Keganasan semakin meningkat, hospital di Sudan terancam
Hospital Al Nao, satu-satunya kemudahan kesihatan yang masih beroperasi di bandar Omdurman, barat laut ibu kota Sudan, Khartoum, diancam dengan peningkatan keganasan.
PRN: Dakwaan Sanusi diancam, Polis Kedah panggil Ahli Parlimen bantu siasatan
Polis akan memanggil seorang Ahli Parlimen di negeri ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan yang mengaitkan ancaman keselamatan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.