awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

19 spesies ikan terdapat di empat lokasi sepanjang Sungai Melaka - Exco

Bernama
Bernama
05/10/2023
20:00 MYT
19 spesies ikan terdapat di empat lokasi sepanjang Sungai Melaka - Exco
Jabatan Perikanan mengadakan program Pelepasan Benih Ikan dan Udang Galah secara berkala dan berterusan bagi menambah dan mengekalkan stok sumber perikanan Sungai Melaka. - Gambar hiasan/BERNAMA
ALOR GAJAH: Jabatan Perikanan Melaka mengenal pasti dan merekodkan 19 spesies ikan terdapat di empat lokasi sepanjang Sungai Melaka, menerusi Kajian Inventori Sumber Perikanan Sungai.
Exco Kemajuan Desa Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata antara spesies ikan itu ialah lampam sungai, lampam krai, terbul, baung dan lundu serta udang galah.
"Justeru Jabatan Perikanan telah mengadakan program Pelepasan Benih Ikan dan Udang Galah secara berkala dan berterusan bagi menambah dan mengekalkan stok sumber perikanan sungai ini, agar berada dalam keadaan ekosistemnya.
"Tahun ini juga pihak kita menyasarkan kira-kira 500,000 ekor benih ikan dan udang galah dilepaskan di perairan sungai," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan program Pelepasan Benih Ikan dan Udang Galah di perairan Sungai Melaka, Kampung Gangsa, Durian Tunggal di sini semalam.
Turut hadir, Timbalan Exco Kemajuan Desa Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Low Chee Leong dan Pengarah Perikanan negeri Mohd Fauzi Salehon.
Mengulas lanjut Dr Muhamad Akmal berkata sehingga kini sejumlah 303,500 ekor benih ikan dan udang galah dengan nilai RM42,900 telah dilepaskan di perairan sungai terpilih di negeri ini.
Katanya kebanyakan sumber benih itu diperoleh dari Pusat Pengembangan Akuakultur, Jabatan Perikanan dan tempat penetasan swasta sebagai usaha melestarikan sungai dan perairanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Perikanan Melaka
#Sungai Melaka
#spesies ikan
#Kajian Inventori Sumber Perikanan Sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan