awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MEF sokong pengambilan terus pekerja asing, kurangkan kos dan eksploitasi
KKR laksana 99 projek baik pulih cerun libat kos RM77.3 juta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

193 warga Indonesia selesai jalani hukuman dihantar pulang

Petrus Bernard
Petrus Bernard
23/10/2021
09:47 MYT
193 warga Indonesia selesai jalani hukuman dihantar pulang
Kesemua mereka yang dihantar pulang itu juga sudah menjalani ujian saringan COVID-19 dan disahkan negatif. - Astro AWANI
TAWAU: Seramai 193 warga Indonesia yang sudah menjalani hukuman undang-undang kerana pelbagai kesalahan dihantar pulang ke negara asal melalui jalan laut.
Kesemua mereka dihantar pulang menggunakan dua feri dari Jeti Feri Penumpang (JFP) Tawau ke Pelabuhan Tunon Taka, Nunukan, Kalimantan Utara, Indonesia.
Ketua Perwakilan Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau, Heni Hamidah berkata, pihaknya mengambil inisiatif membantu warganya untuk pulang ke kampung mereka.
Mereka yang dihantar pulang terdiri dari 144 lelaki, 40 wanita dan sembilan kanak-kanak yang kebanyakannya adalah pendatang tanpa izin (PTI) sudah melengkapkan suntikan vaksin dan layak untuk dihantar pulang.
Kesemua mereka adalah tahanan yang baharu selesai menjalani hukuman undang-undang kerana pelbagai kesalahan.
Kesemua mereka yang dihantar pulang itu juga sudah menjalani ujian saringan COVID-19 dan disahkan negatif.
Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau turut membuat Surat Perjalanan Laksana Paspot (SPLP) kepada kerajaan Malaysia bagi melancarkan penghantaran pulang tersebut.
Mereka juga akan menjalani proses imigresen dan kesihatan sebelum dihantar ke daerah asal masing-masing.
Topic Berkaitan
#warga Indonesia
#pendatang tanpa izin
#Tawau
#Imigresen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan