KUALA LUMPUR: Seramai 196 anggota dan pegawai polis ditahan kerana terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Beliau berkata dalam tempoh sama seramai 623 anggota dan pegawai polis ditahan kerja manakala 156 pula digantung kerja.
Katanya, bagi tempoh Januari hingga Oktober lalu, sebanyak 5,413 aduan diterima Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman yang mana 4,497 laporan membabitkan pegawai polis.
Razarudin berkata daripada jumlah itu, 2,841 (52.48 peratus) adalah aduan berkaitan salah laku di bawah kategori integriti.
"Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana warga pasukan yang didapati terlibat dengan aktiviti salah laku yang boleh menjatuhkan nama baik serta maruah pasukan," katanya ketika berucap pada Majlis Pengiktirafan Tolak Rasuah dan Pelancaran Peraturan 3C sempena Sambutan Bulan Integriti 2023 di Maktab PDRM, Cheras, di sini, hari ini.
Razarudin mengingatkan semua ketua jabatan, pegawai pemerintah dan penyelia agar memainkan peranan masing-masing dengan menjalankan kawalan serta pemantauan ke atas pegawai dan anggota yang diselia.
Beliau berkata berdasarkan kepada prinsip akauntabiliti, penyeliaan dan pemantauan harus dilaksanakan dengan bertunjangkan Peraturan 3C Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 sebagai mekanisme check and balance.
Sementara itu, Razarudin berkata beliau tetap yakin masih ramai anggota dan pegawai PDRM yang mempunyai integriti tinggi meskipun agensi penguatkuasa itu sentiasa terdedah dengan pelbagai tuduhan mahupun tohmahan yang mencabar kredibiliti pasukan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 23 2023
Seramai 196 anggota dan pegawai polis ditahan kerana terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. - Gambar fail/BERNAMA
"Jabatan Imigresen harus memohon maaf kepada YB Bintulu.." - YB Kepong
YB Kepong jugak bertanyakan tentang mengapa masih belum ada tangkapan terhadap individu yang terlibat.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
Tun M masuk IJN, kes saman terhadap fitnah Zahid Hamidi ditangguh
Dr Mahathir dikejarkan ke Institut Jantung Negara untuk rawatan pada petang semalam, kata peguam Mior Nor Haidir yang mewakili beliau.
"Tunggulah hari Jumaat, berdoalah banyak-banyak.." - Johari
Beliau juga memberitahu kini penanaman semula sawit dari pekebun kecil jauh lebih rendah iaitu 0.2 peratus berbanding standard adalah 4.0 peratus setahun.
"Boleh kerajaan kembalikan skim 100 peratus geran penuh...?" - YB Tampin
Beliau juga menyatakan hasrat mewakili masyarakat luar bandar merayu kepada kerajaan supaya dapat merealisasikan permohonan tersebut.
#AWANInews
#AWANInews
Mangsa banjir meningkat di beberapa negeri pagi ini
Di Kedah, 1,477 mangsa dari empat daerah (Baling, Kota Setar, Pendang, Pokok Sena) ditempatkan di 11 PPS berbanding 1,285 orang malam tadi.
AWANI Pagi: Pupuk Perpaduan Melalui Kartun Gen-Z
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Shamsaimun Ezil, Kartunis yang juga Penyelaras Festival Kartun Gen-Z dan Shaq Koyok, Artis Orang Asal berkongsi mengenai pengisian menarik mengenai Festival Kartun Gen-Z yang diadakan pada hujung minggu ini bukan sahaja untuk menyokong anak muda tetapi juga menyemai soal perpaduan serta membantu komuniti orang Asli.
Tanah runtuh Melawati: Lokasi kejadian antara 114 ‘hotspot’ di Selangor - Amirudin
Terdapat 400 sehingga 600 kawasan hotspot di sepanjang kawasan batu kapur dari Hulu Klang hingga Batu Caves.
Niaga AWANI: AirAsia | Transforming Kuala Lumpur into world’s next aviation megahub
AirAsia is making bold moves to elevate Kuala Lumpur International Airport (KLIA) to a global mega hub, setting the stage to dominate the low-cost airline sector. CEO of Capital A & Co-Founder of AirAsia Tony Fernandes, outlines a strategic restructuring that combines short- and long-haul flights, targeting untapped routes to ensure KLIA’s position ahead of regional competitors.
Banjir: Orang ramai diminta ambil langkah keselamatan elektrik dan gas
Orang ramai perlu mengambil langkah-langkah pengawasan sebelum banjir, semasa dan selepas banjir.
KLFA mahu anjur pertandingan reka cipta logo baharu KL City
Syed Yazid berkata beliau mahu KL City kembali dengan gelaran "The Hawks" yang dilihat menggambarkan kekuatan dan ketangkasan pasukan.
Anggota polis ditahan, disyaki peras ugut buruh sawit RM2,000
Difahamkan suspek lelaki berusia 40 tahun itu menawarkan bantuan menyelesaikan kes lampau berkaitan urin mangsa.
PRK Mahkota: Tentera, polis tunai kewajipan esok
Seramai 4,510 anggota tentera dan pasangan serta 401 anggota polis akan mengundi awal dalam PRK Dewan Undangan Negeri Mahkota, esok.
Dua anggota polis digantung tugas kes dadah dan ketum
Dua anggota polis berpangkat rendah di negeri ini yang terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dan ketum telah digantung tugas berkuat kuasa hari ini.
Dakwaan terima sogokan: Dua anggota polis PJ telah direkod keterangan
Dua anggota polis Petaling Jaya yang videonya tular kerana didakwa mengambil sogokan daripada dua lelaki warga asing telah diambil keterangan.
Polis Johor siasat laporan pegawai, tiga anggota terlibat kes pemerasan
Polis menjalankan siasatan terperinci berhubung kes seorang pegawai dan tiga anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam yang didakwa terbabit dalam kes pemerasan, bulan lalu.
Anggota polis terkena tembakan ketika latihan menembak
Seorang anggota polis berpangkat lans koperal cedera terkena tembakan ketika menjalani latihan menembak di lapang sasar Kompleks Latihan Tempur Jarak Dekat (CQB) VAT 69 Komando, Ulu Kinta.
Individu tular berkas lelaki guna senjata api disahkan anggota polis
Polis mengesahkan individu dalam rakaman video yang tular memberkas seorang lelaki menggunakan senjata api adalah seorang anggota polis.
1,671 pegawai, anggota polis dibuang kerja - Bukit Aman
Seramai 1,671 pegawai dan anggota polis dikenakan tindakan hukuman buang kerja atas pelbagai kesalahan sejak 2014 hingga Jun tahun ini.
ASP, 2 koperal polis didakwa bunuh Mohamad Hafiz di Langkawi
Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) bersama dua koperal didakwa di Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa atas pertuduhan membunuh seorang lelaki pada Januari lalu.
Pembunuhan Nur Farah Kartini : Operasi cari bukti di Sungai Trolak ditangguh
Operasi pencarian bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah di Sungai Trolak, Kampung Batu, Perak ditangguhkan.