Skip to main content
Advertisement

Malaysia

RTM siar lima aksi FIFA ASEAN Cup 2026

RTM
Menurut Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Penyiaran Malaysia, lima perlawanan itu merangkumi tiga aksi peringkat Kumpulan A membabitkan skuad Malaysia, selain perlawanan penentuan tempat ketiga dan final.
Advertisement

KUALA LUMPUR: RTM bakal menyiarkan lima perlawanan terpilih FIFA ASEAN Cup 2026 secara langsung menerusi saluran Sukan+ RTM dan aplikasi RTMKlik, hasil kerjasama strategik bersama kumpulan infrastruktur dan utiliti, YTL Corporation Berhad, selaku penaja utama siaran kejohanan itu.

Menurut Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Penyiaran Malaysia, lima perlawanan itu merangkumi tiga aksi peringkat Kumpulan A membabitkan skuad Malaysia, selain perlawanan penentuan tempat ketiga dan final.

Jadual siaran langsung adalah seperti berikut:

 

25 September 2026 (Jumaat)

Bangladesh lwn Malaysia, 4.48 petang 5.00 petang

 

28 September 2026 (Isnin)

Indonesia lwn Malaysia, 8.18 malam 8.30 malam 

 

1 Oktober 2026 (Khamis) 

Malaysia lwn Singapura, 8.18 malam 8.30 malam 

 

5 Oktober 2026 (Isnin) 

Penentuan Tempat Ketiga, 4.48 petang 5.00 petang 

 

5 Oktober 2026 (Isnin) 

Perlawanan Akhir, 8.48 malam 9.00 malam

 

Sementara itu, Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Penyiaran Malaysia berkata, sokongan YTL sebagai Penaja Utama mencerminkan komitmen sektor korporat dalam menyokong pembangunan dan penyiaran sukan, di samping memperluas akses rakyat kepada kandungan sukan berkualiti.

Tambahnya, kerjasama itu turut menyokong peranan RTM sebagai penyiar utama negara dalam menyediakan kandungan bermutu dan relevan untuk dinikmati masyarakat.

Must Watch Video

Advertisement