Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 198 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 184 individu dikenakan kompaun, sembilan individu direman dan lima individu lagi dijamin.
"Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal menyediakan peralatan atau catitan keluar masuk (25), tidak memakai pelitup muka (17), aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal (41), aktiviti di dalam pub/kelab malam (109), gagal mematuhi arahan kuarantin (1), dan disyaki menjalankan aktiviti pelacuran (2)," katanya dalam kenyataan media mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dikeluarkan pada Khamis.
Tambahnya, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM telah membuat 51,809 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP.
"Sebanyak 2,704 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 12,567 anggota telah membuat pemantauan di 3,386 pasar raya, 4,762 restoran serta 1,411 penjaja, 980 kilang, 3,057 bank dan 599 pejabat kerajaan. Juga dipantau, sebanyak 1,112 terminal pengangkutan darat, 342 terminal pengangkutan air serta 93 terminal pengangkutan udara," ujarnya lagi.
Dalam pada itu, semalam, PDRM juga telah mengadakan 63 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 23,368 kenderaan bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) terutamanya di lorong-lorong tikus.
"Pihak PDRM telah berjaya menahan seorang warga asing atas kesalahan imigresen," tambah beliau.
Dari 1 Mei hingga 2 September 2020, seramai 4,889 orang PATI, 713 tekong serta 246 penyeludup telah ditahan.
Turut ditahan 446 bot dan 481 kenderaan yang terlibat dalam percubaan mencerobohi sempadan negara.
Justeru, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus.
Sementara itu, semalam Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan di 831 premis perniagaan termasuk peruncit (622), pemborong (185) dan pengilang (24). Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperolehi.
Sebanyak 1,201 pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKPP turut dilakukan dan mendapati 1,175 premis mematuhi SOP yang ditetapkan manakala 26 premis diberi nasihat kerana tidak patuh SOP.
"Dalam tempoh PKPP ini, Kerajaan ingin menggesa pengusaha dan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan kawalan kendiri termasuk penjarakan sosial dan kebersihan diri terutamanya dalam aktiviti jual beli barangan keperluan harian,"ujarnya.
Astro Awani
Thu Sep 03 2020

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 198 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

AWANI Ringkas: Ahmad Zahid Hamidi terus didesak berundur | Kadar pinjaman tidak berbayar dijangka meningkat

Jepun nafi laporan mengenai pembatalan Olimpik Tokyo
Saya menafikannya kerana ia tidak benar, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Manabu Sakai.

COVID-19 | Sarawak catat kebolehjankitan COVID-19 tertinggi
Sarawak merekodkan 203 kes positif COVID-19 pada Khamis dengan daerah Sibu merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 120 kes. Ia merupakan angka jangkitan yang tertinggi pernah dicatat di negeri itu sejak kes pertama dikesan pada 13 Mac 2020. Ini menjadikan jumlah kes kumulatif COVID-19 di Sarawak melonjak kepada 2,570 kes. Prof Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed, Pakar Mikrobiologi Klinikal USIM

PSB bukan tandingan GPS - Masing
Parti Sarawak Bersatu (PSB) hanyalah sebuah parti baharu yang dibarisi pemimpin lama yang kecewa.

Malaysia harap perdagangan dengan AS lebih teratur di bawah Biden
Amerika Syarikat adalah syarikat perdagangan rakan niaga yang besar untuk Malaysia.

Helikopter 911 terhempas di Afrika Selatan ragut 5 nyawa
Lima nyawa terkorban dalam nahas helikopter Netcare 911 terhempas di Bergville, wilayah Kwazulu-Natal (KZN) Afrika Selatan pada Khamis.

Sarawak Memilih: GPS akan mohon pengecualian darurat jika COVID-19 terkawal - Masing
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memohon untuk dikecualikan daripada darurat bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) dijalankan.

Koeman hilang sabar Barcelona kerap gagal sepak penalti
Pasukan Catalanyu itu memerlukan masa tambahan untuk mengatasi kelab Segunda B itu menerusi jaringan Ousmane Dembele dan Martin Braithwaite.

PKP | Pekasam Tumpat ke seluruh negara
Perintah Kawalan Pergerakan, PKP 2.0 yang dilaksanakan di Kelantan tidak menghalang industri kecil dan sederhana, IKS terus bergerak. Bagi IKS yang berjaya mengadaptasi dengan norma baharu, PKP memberikan pulangan lumayan melalui jualan dalam talian ke pelusuk negeri.

Olimpik Tokyo | Sukan Olimpik batal atau tidak?
Bagi mengulas lanjut berhubung pelaksanaan Sukan Olimpik Tokyo ini kita bersama dengan Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Air Terjun Tanjung Batu, Segari masih terpelihara, yang tular alur air bermusim- Exco Perak
Kawasan terjejas yang tular baru-baru ini adalah alur air bermusim yang hanya muncul apabila hujan terutama ketika hujan lebat.

Jalan Paitan-Kanibongan mendap, rosak teruk akibat tanah runtuh
Jalan raya Paitan ke Kanibongan terputus hubungan akibat tanah runtuh di Kilometer 127.5, berdekatan Kampung Kubambangan, pada Selasa malam.

COVID-19: Kluster Jalan Masjid antara 9 kluster baharu dikenal pasti
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti sembilan lagi kluster baharu COVID-19 pada hari ini.

Hasil siasatan awal nahas Sriwijaya Air diumum Februari ini
Laporan awal hasil siasatan pesawat Sriwijaya Air yang terhempas 9 Jan lepas, dijangka diumumkan Febuari ini.

Guna logo Warisan atau Amanah mungkin pilihan terakhir Pejuang - Mahfuz
Parti yang dipimpin bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu akan melakukan rayuan terhadap permohonan berkenaan.

Banjir Sabah: Pertambahan mangsa banjir di Beaufort, satu PPS dibuka
Jumlah mangsa banjir di 10 daerah terjejas di Sabah menunjukkan peningkatkan kepada 895 setakat pagi Selasa.

Tiga penyamun 'buru' mangsa lemah, bertubuh kecil dan bersendirian ditahan
Itu modus operandi sekumpulan penjenayah yang menyamar sebagai polis untuk melakukan samun di sekitar Taman Melawati, Ampang Jaya.

Kemusnahan Air Terjun Tanjung Batu: Permit kontraktor kuari digantung sementara
Mohamed Zin berkata, kajian terperinci turut akan dilakukan di kawasan zon rizab sungai bagi mengelakkan berlakunya mendapan sungai.

Siasatan menyeluruh dakwaan kerosakan di kawasan Air Terjun Tanjung Batu, Segari
Kerajaan negeri juga mengarahkan supaya sebarang kerja-kerja di kawasan tersebut dihentikan sementara menunggu hasil siasatan.

Banjir: Terengganu kini dalam tempoh 'bertenang'
Keadaan monsun telah bergerak ke Bornei iaitu Sabah dan Sarawak di mana kedua-dua negeri ini telah menerima hujan lebat ketika ini.