awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: Arul Kanda antara individu terkini dilarang ke luar negara

Astro Awani
Astro Awani
16/05/2018
10:55 MYT
1MDB: Arul Kanda antara individu terkini dilarang ke luar negara
Status semakan kad pengenalan Arul Kanda pada Sistem Semakan Perjalanan Imigresen (SSPI) menulis, "Sila rujuk ke pejabat imigresen terdekat". - Gambar fail
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy, bekas CEO 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan seorang lagi pengarah syarikat itu, Tan Sri Ismee Ismail merupakan individu terkini yang dilarang ke luar negara.
Status semakan kad pengenalan ketiga-ketiga individu tersebut pada Sistem Semakan Perjalanan Imigresen (SSPI) menunjukkan, "Sila rujuk ke pejabat imigresen terdekat".
Difahamkan jika tiada halangan, status akan bertulis, "Tiada halangan".
Kad pengenalan mereka diperolehi dari maklumat syarikat 1MDB oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang dimuatnaik di laman web rafiziramli.com.
Semakan Status Perjalanan Imigresen (SSPI)
Semakan Status Perjalanan Imigresen (SSPI)
Sebelum ini, beberapa portal tempatan melaporkan Arul Kanda serta dua lagi indvidu tersebut telah disekat ke luar negara berhubung skandal melibatkan syarikat pelaburan negara itu.
Dua lagi individu terdahulu yang telah dilarang ke luar negara ialah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Arahan yang dikeluarkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu telah disahkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia pada Sabtu lalu.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Arul Kanda Kandasamy
#CEO 1MDB
#ismee ismail
#Jabatan Imigresen Malaysia
#larangan ke luar negara
#Shahrol Azral Ibrahim Halmi
#Sistem Semakan Perjalanan Imigresen
#SSPI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan