awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB gagal kerana Pakatan Harapan sabotaj - Tajuddin

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
25/07/2018
07:24 MYT
1MDB gagal kerana Pakatan Harapan sabotaj - Tajuddin
Tajuddin berkata, 1MDB sepatutnya disenarai awam, tetapi disebabkan oleh PH, ia gagal dilaksanakan. - Gambar fail
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN - Pasir Salak) mendakwa, syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) 'gagal' kerana disabotaj Pakatan Harapan (PH).
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat hari ini apabila diminta memberi penjelasan berhubung firma yang diselubungi kontroversi tersebut.
"Nak tahu tentang 1MDB? Tahu siapa sebabkan 1MDB gagal? Anda semua!" kata Tajuddin merujuk kepada Ahli Parlimen PH secara umum
Jelasnya, syarikat tersebut sepatutnya disenarai awam (public listing), tetapi disebabkan oleh PH, langkah itu gagal.
Beliau ketika itu menjawab persoalan yang ditimbulkan RSN Rayer (PH-Jelutong) dan Wong Shu Qi (PH-Kluang) yang sedang meminta penjelasan lanjut berhubung perkara itu.
"1MDB adalah projek strategik. Saya kekal dengan pendirian saya. Anda semua yang sabotaj!" katanya ketika membahaskan usul Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Dewan Rakyat.
Walaupun diasak, Tajuddin bertegas untuk menyambung perbahasan dan meneruskan ucapannya sebelum menggulung perbahasan beliau.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Dewan Rakyat
#gagal
#Pakatan Harapan
#sabotaj
#senarai awam
#Tajuddin Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan