Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan melahirkan rasa hairan kerana segala perkembangan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hanya dimaklum kepada Kabinet pada saat ia sudah tersepit dan menanggung beban hutang berbilion ringgit.
Tegasnya, selama ini, segala aktiviti perniagaan syarikat 1MDB tidak pernah dimaklumkan kepada mesyuarat jemaah menteri, sekali gus menjadikan semuanya kurang pengetahuan terhadap isu berkenaan.
"Atas dasar inilah, ramai daripada menteri Kabinet kurang arif dengan perjalanan urusan pentadbiran 1MDB sehingga mengumpul jumlah hutang yang mencecah RM42 bilion.
"Saya yakin bahawa pelbagai transaksi perniagaan 1MDB tidak pernah dimaklumkan kepada jemaah Kabinet untuk mendapatkan perbagai kelulusan bagi melaksanakan setiap aktiviti perniagaan mereka baik di dalam ataupun di luar negara.
"1MDB hanya diurus tadbir oleh tenaga pengurusan serta lembaga pengarahnya sahaja. Aktiviti perniagaan 1MDB nampak bergerak atas dasar 'Go global' di mana perniagaannya banyak membabitkan dengan rakan-rakan dari luar negara khususnya rantau Emiriyah Arab Bersatu (UAE)," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Selasa.
Mesyuarat Kabinet hari ini juga difahamkan tertumpu kepada isu 1MDB selain kepimpinan tertinggi negara.
BACA: Menteri-menteri Kabinet hadir perjumpaan tertutup
Pada malam Selasa, menteri-menteri Kabinet menghadiri suatu perjumpaan tertutup, dipercayai berhubung isu 1MDB, di Majestic Hotel.
BACA: Penyokong sambut kepulangan Muhyiddin laung 'Selamatkan Malaysia'
Pada masa yang sama juga, penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyambut kepulangan timbalan perdana menteri itu yang sebelum ini dilaporkan bercuti di Australia.
BACA: Siasatan 1MDB: Tun M lebih percaya PAC daripada Jabatan Audit Negara
Dalam pada itu, kata Khairuddin, pentadbiran 1MDB kini nampak terlalu agresif serta bercita-cita tinggi.
"Urus niaga 1MDB tidak diketahui sangat oleh keseluruhan rakyat negara ini pada waktu awal penubuhannya sehinggalah ke pertengahan perjalanan syarikat tersebut.
"Kita tidak tahu akan siapakah yang merancang 'road map' syarikat tersebut sehingga hari ini hutang terkumpulnya terlalu tinggi, siapa dalang yang menyarankan pelaburan RM7 bilion di Kepulauan Caymen dan pelbagai misteri yang rakyat sendiri mahu tahu jawapannya," ujarnya.
BACA: 1MDB: Letak jawatan jika tidak bersama pulihkan - Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengannya dalam usaha pemulihan 1MDB supaya meletakkan jawatan.
Kenyataan Najib itu dilapor dibuat semasa mesyuarat Kabinet Jumaat lalu selepas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selesai membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada semua anggota Kabinet.
BACA: 1MDB : Hishamuddin setuju gesaan Najib tetapi dengan bersyarat
Khairuddin turut mempertikai tindakan Najib selain melihatnya saat trauma bagi pemimpin tertinggi negara itu.
BACA: 1MDB: Letak jawatan, adakah yang berani 'berenang atau lemas' bersama? - Kit Siang
"Tetapi kini bila skandal kewangan terbesar negara terbocor dan diketahui oleh rakyat sehingga menjadi satu isu yang hangat diperkatakan, tiba-tiba Najib minta semua ahli kabinet bersatu hati untuk sama-sama bertanggungjawab bagi menyelesaikan isu 1MDB.
"Dahulu Najib tidak pernah memaklumkan kepada Kabinet, tapi kini bila skandal 1MDB dibebani dengan hutang yang begitu sarat, Najib menyuruh semua anggota kabinetnya secara kolektif untuk bertanggungjawab. Adakah tindakan ini adil kepada anggota Kabinetnya?" jelasnya.
Wan Syamsul Amly
Tue Jun 02 2015
KHAIRUDDIN: 'Kenapa sekarang baru Kabinet dimaklum?' - Gambar fail
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Saya sentiasa telus, tiada apa yang hendak disembunyikan mengenai derma Arab Saudi - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu beliau telus dan tidak ada apa-apa untuk disembunyikan mengenai derma Arab Saudi.
Saya secara palsu dikaitkan dengan perbuatan salah laku Jho Low - Najib
Najib memberitahu bahawa beliau secara palsu dilibatkan dalam perbuatan salah laku ahli perniagaan, Low Taek Jho berkaitan hal ehwal 1MDB.
Dakwaan Ahmad Husni terhadap saya amat menyakitkan - Najib
Najib berkata dakwaan Ahmad Husni bahawa beliau telah mengarahkan bekas Menteri Kewangan II itu agar tidak campur tangan dengan 1MDB adalah tidak benar sama sekali.
Najib nafi bertanggungjawab atas kerugian AS$1 bilion dalam pelaburan 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa beliau bertanggungjawab bagi kerugian pelaburan AS$1 bilion dalam usaha sama 1MDB dan PetroSaudi.