awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: PAC tangguh prosiding, siasatan Laporan Audit Negara diteruskan

Diyana Ibrahim
Diyana Ibrahim
13/11/2018
11:39 MYT
1MDB: PAC tangguh prosiding, siasatan Laporan Audit Negara diteruskan
KIANDEE: Dalam prosiding ini PAC Parlimen akan siasat sama ada wujud sebarang kekangan dan halangan JAN dalam melaksanakan pengauditan terhadap syarikat 1MDB. - Gambar fail
JawatanKuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menangguhkan prosiding berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.
Namun katanya PAC tetap akan meneruskan siasatan bagi Laporan Pengauditan 1MDB oleh Jabatan Audit Negara.
Jelasnya siasatan PAC adalah bagi Laporan Audit 1MBD yang dibentangkan kepada PAC di Parlimen pada 13 Mac 2016.
“Dalam prosiding ini PAC Parlimen akan siasat sama ada wujud sebarang kekangan dan halangan JAN dalam melaksanakan pengauditan terhadap syarikat 1MDB.
“Selain jika terdapat laporan sebarang ubah suai terhadap fakta serta maklumat dalam melaksanakan Laporan Pengauditan 1MDB berkenaan sebelum dibentangkan kepada PAC Parlimen ke-13,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Wakil rakyat BN itu berkata prosiding bagi Laporan Audit tersebut akan diadakan pada minggu pertama Disember 2018 dengan memanggil bekas ketua audit negara Tan Sri Ambrin Buang.
Sebelum ini Laporan Audit Negara ke atas 1MDB dikelaskan sebagai dokumen rahsia kerajaan di bawah Akta Rahsia Rasmi pada Januari 2016.
Ia mencetuskan kritikan oleh pembangkang ketika itu.
Sementara itu Ronald turut mengulas mengenai prosiding 1MDB yang ditangguhkan sementara.
Kata Ronald penangguhan itu dibuat atas saranan Peguam Negara Tommy Thomas.
“Kita telah buat kenyataan bahawa prosiding 1MDB tidak boleh dibuat dan harus ditangguh sementara waktu kerana ada kes keterlibatan kes 1MDB di mahkamah," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Jabatan Audit Negara
#JAN
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#Laporan Pengauditan 1MDB
#PAC
#Parlimen
#Ronald Kiandee
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan