Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, PAC, berkata pihaknya tidak pernah mengumumkan telah 'berpuas hati' dengan penjelasan syarikat pengauditan, Deloitte Malaysia berhubung laporan audit ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat 31 Mac 2014.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata pihaknya mempunyai pendapat yang berbeza namun hanya boleh mengumumkannya selepas siasatan ke atas 1MDB selesai.

"Kami faham situasi Deloitte di mana ia masih belum diarahkan untuk mengaudit 1MDB sehingga tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015.

"Oleh itu, saya berharap Kementerian Kewangan dapat mengarahkan secepat mungkin supaya akaun-akaun 1MDB diaudit bagi tujuan siasatan," kata Nur Jazlan dalam satu sidang media di perkarangan Dewan Rakyat petang tadi.

BERITA LANJUT MENYUSUL