awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
Sindiket dadah helium-MDMA ditumpaskan, empat ditahan
WDS 2026 platform pendedahan teknologi pertahanan global - Mohamed Khaled
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: SPRM rekod keterangan Rohana Rozhan

Astro Awani
Astro Awani
25/02/2022
08:12 MYT
1MDB: SPRM rekod keterangan Rohana Rozhan
Sumber SPRM memaklumkan, Rohana hadir di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya sekitar jam 9 pagi tadi. - Gambar fail fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor mengambil keterangan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan, semalam.
Sumber SPRM memaklumkan, siasatan itu dibuat susulan kenyataan bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner berkait kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Ia adalah berkaitan pemberian sebuah rumah di London bernilai AS$10 juta kepada Rohana.
"Siasatan dibuat berdasarkan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001," memetik sumber SPRM tersebut.
Dalam prosiding berkaitan 1MDB di Amerika Syarikat, Leissner yang berkata dia merupakan bekas kekasih Rohana turut memetik beberapa nama lain.
Leissner turut mengakui membelikan bekas kekasihnya itu rumah pada 2013 selepas Rohana dakwanya mengancam mendedahkan penglibatannya dalam 1MDB.
Leissner mengaku bersalah pada 2018 kerana terlibat dalam pelanggaran undang-undang antirasuah Amerika Syarikat dan konspirasi pengubahan wang.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Tim Leissner
#Rohana Rozhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan