KUALA LUMPUR: Sejumlah 2,093 tapak lokasi sampah haram telah ditutup melibatkan anggaran kos pembersihan berjumlah RM1.6 juta pada 2023, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Beliau berkata operasi pembersihan dan penutupan tapak sampah haram yang dijalankan di tujuh negeri melalui Akta Pengurusan Sisa Pepejal 2007 (Akta 672) itu melibatkan pembersihan sejumlah 6,410 tan metrik sisa.
“Dalam tempoh setahun Kerajaan MADANI, kita telah bersihkan lebih 2,000 tapak sampah sebegini. Bayangkan betapa seriusnya perkara ini oleh kerana tiada kesedaran sivik, sikap tidak bertanggungjawab, malah ada juga kartel atau sindiket.
“Maka, kita terpaksa jalankan penguatkuasaan undang-undang secara besar-besaran. Setakat hari ini SWCorp (Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam) telah laksana 1,082 operasi membersihkan 2,093 tapak pelupusan,” katanya pada sidang media ketika operasi pembersihan dan penutupan tapak buang sampah haram di Jalan Davis di sini hari ini.
Selain itu, beliau berkata sebanyak 15 kes pendakwaan sampah haram berjaya disabit kesalahan di mahkamah dengan jumlah denda RM168,000, sekali gus memberi amaran kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Sekiranya keadaan seperti ini masih berterusan KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) akan mempertimbang cadangan untuk pinda undang-undang supaya kadar denda akan dilipatgandakan dan bagi kesalahan berulang pula kita akan pertimbang hukuman penjara kepada mereka yang melakukan kesalahan itu," katanya.
Berhubung operasi di Jalan Davis hari ini, Nga berkata operasi pembersihan dan penutupan yang ke-2,093 di tapak seluas 18,000 kaki persegi itu melibatkan seramai 44 anggota daripada SWCorp, Alam Flora Sdn Bhd dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Beliau berkata kira-kira 700 hingga 1,000 tan sisa perindustrian dan sisa pembinaan telah dibersihkan dalam operasi di tapak itu yang sepatutnya digunakan untuk pembinaan sebuah masjid Cina Muslim.
“KPKT melalui SWCorp telah mengenal pasti 'hotspot' dan akan terus buat serbuan. Di tapak ini kita akan pakai kamera litar tertutup (CCTV) untuk kenal pasti pihak yang sengaja buang hingga 800 hingga 1,000 tan sampah dan sisa,” katanya.
Menurut Nga kerja-kerja pembersihan secara besar-besaran juga akan diteruskan bersempena sambutan Tahun Baharu Cina ini.
Beliau turut menyeru orang ramai untuk menyalurkan aduan ke pihak SWCorp menerusi talian 1800-88-7472 sekiranya terdapat mana-mana pihak yang melakukan kesalahan membabitkan pembuangan sampah atau mewujudkan tapak sampah haram.
Turut hadir Pengerusi SWCorp Hee Loy Sian, Ketua Setiausaha KPKT Datuk M Noor Azman Taib dan Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara Dr Mohd Azhar Abd Hamid.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2024
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming bergambar bersama banting dengan nombor '2,093' sebagai simbolik tapak pelupusan ke-2093 yang telah ditutup pada Operasi Pembersihan dan Penutupan Tapak Pelupusan Sampah Haram. - Foto BERNAMA
Banjir: Pakai jubah di PPS ambil 'vibes' konvokesyen
"Saya pakai jubah di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk merasai 'vibes' konvokesyen," kata mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Durratul Alia Mohd Kamil, 24, yang terjejas banjir.
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sifat materialistik adalah malapetaka masyarakat - Dr Maza
Manusia pada masa kini cenderung mengutamakan nilai materialistik, termasuk dalam bidang perubatan.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Jangan lewatkan urusan jenazah jika tiada keperluan - Dr Maza
Islam tidak menganjurkan untuk menyimpan jenazah terlalu lama sehingga mendatangkan kemudaratan kepada jasad jika tiada alasan munasabah.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir bermula Isnin ini
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maklumkamn, lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula Isnin ini hingga 19 Disember.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei mara ke final di WTF 2024
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou China.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
'Ini beg darah ke-99, dua minggu lagi boleh genapkan 100' - Azhan Rani
Tekad mahu membantu pesakit yang memerlukan mendorong pelakon, Azhan Rani untuk menderma darah sebanyak 99 kali dan menyasarkan untuk mencapai angka 100 dalam tempoh dua minggu lagi.
UMNO tidak terima pemakluman Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnyaambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga hati parti masing-masing.
2,093 tapak sampah haram ditutup pada 2023 - Kor Ming
Sejumlah 2,093 tapak lokasi sampah haram telah ditutup melibatkan anggaran kos pembersihan berjumlah RM1.6 juta pada 2023, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Pesisir pantai jadi tapak sampah haram
Penduduk kemudian membakar sampah seterusnya meninggalkan kesan sebagai tempat pembuangan sampah.