BAGAN SERAI: Dua beranak peniaga sate maut selepas lori yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah kereta di Kampung Kedai 2, Tebok Rimba Simpang 4, Semanggol, dekat sini, malam ini.
Mangsa yang dikenali sebagai Zainab Alias, 64, dan anaknya, Shahren Ismail, 37, disahkan maut di lokasi kejadian.
Setakat ini belum dipastikan sama ada kedua-dua beranak itu dalam perjalanan pergi atau pulang daripada berniaga, apabila lori yang dipandu Shahren terlibat dalam kemalangan.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 7.39 malam.
“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Yaris, berlanggar dengan sebuah lori jenis Daihatsu yang menyebabkan pemandu dan penumpang lori tersepit,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Menurut jurucakap itu lagi, anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit.
Bagaimanapun, katanya, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Menurutnya, pemandu kereta yang terlibat hanya mengalami kecederaan ringan.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Fauziah Baharudin tamat jam 9.13 malam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Jan 08 2023

Mangsa yang dikenali sebagai Zainab Alias, 64, dan anaknya, Shahren Ismail, 37, disahkan maut di lokasi kejadian. - Gambar/ JBPM

Baling botol kaca: Tujuh individu termasuk tiga wanita ditahan
Kesemua mereka yang berusia 21 hingga 31 tahun itu, ditahan semalam dan hari ini di sekitar Dang Wangi.

Online Scam | DPDM sambut baik kerjasama Malaysia Singapura tangani isu
Hala tuju kerjasama Malaysia Singapura dalam menangani isu penipuan dalam talian bakal menjadi pemangkin merancakkan lagi sektor perniagaan digital di negara ini. Presiden Dewan Perniagaan Digital Malaysia, Chris Daniel Wong berkata pihaknya menyambut baik kerjasama perkongsian maklumat dan kepakaran dalam menangani isu ini.

Thaipusam | Batu Caves terus jadi tumpuan
Kehangatan sambutan Thaipusam sehingga petang ini masih lagi meriah dengan pengunjung tidak putus masuk dan keluar di Batu Caves. Untuk perkembangan lanjut kita terus bersama Raja Hisyam Raja Zaid yang berada di sana sejak pagi tadi.

Dilantik Penasihat Kanan: 'Beri peluang kepada Nurul Izzah', sindir Ahmad Faizal
Ahmad Faizal berkata, jika seorang ayah melantik anaknya sendiri, sudah tentu Nurul Izzah mempunyai kebolehan yang 'sangat hebat'.

Keselamatan | Keupayaan teknologi ketenteraan dan ancaman global
Keupayaan teknologi ketenteraan dan ancaman global

Pantau Kerajaan Baharu | Kewajaran penjualan mercun dan bunga api
Tan Sri Lee Lam Thye

Thaipusam | Sambutan Thaipusam meriah
Bersama Raja Hisyam Raja Zaid di Batu Caves.

Larangan import produk petroleum Rusia ke EU berkuat kuasa Ahad
Langkah itu bertujuan untuk mengehadkan pendapatan Rusia dari membiayai operasi ketenteraannya ke atas Ukraine.

Salahuddin Ayub alu-alukan pembentukan 'Kabinet Bayangan'
Salahuddin berkata, pengalaman beliau sebagai bekas Ahli Parlimen Pembangkang memberi gambaran tentang keperluan 'Kabinet Bayangan'.

Diserang Jerung | Remaja perempuan maut akibat kecederaan parah
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun maut selepas diserang seekor jerung ketika berenang di sungai di Australia Barat. Mangsa berasal dari Perth cedera parah apabila spesies jerung yang tidak diketahui menyerangnya di Sungai Swan di Fremantle, Perth.

Pelajar UiTM maut, rakan cedera parah selepas motosikal dilanggar van
Seorang pelajar Universiti Teknolgi MARA (UiTM) maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah van di Simpang Empat Paya Jemerli, dekat Kulim.

Warga emas maut langgar tiang telekomunikasi tumbang
Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditungganginya melanggar tiang telekomunikasi yang tumbang.

Op Selamat 19: Kelantan catat 407 kemalangan
Daripada jumlah itu, 10 kes kemalangan maut direkodkan dengan tiga daripadanya adalah penunggang motosikal.

Duit RM40 pemberian terakhir anak buat bapa
Anak sulungnya itu berkeras tetap mahu memberikan kepadanya dengan alasan boleh digunakan ketika mereka bercuti nanti.

Op Selamat 19: 18 kemalangan maut, 22 kematian hari ketiga
JSPT menasihatkan agar semua pengguna jalan raya untuk kekal berhati-hati dan berhemah agar risiko kemalangan dapat dielakkan.

Ibu, bayi 6 bulan maut dalam nahas di Jalan Gua Musang-Kuala Krai
Seorang wanita dan bayi lelakinya berusia enam bulan maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 35, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini pada 12.40 tengah malam tadi.

Dua pelajar sekolah maut motosikal bertembung kereta
Dua pelajar perempuan berusia 17 tahun maut selepas motosikal mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Sungai Rusa, Sungai Pinang, malam tadi.

Kedah sasar kadar kemalangan maut turun bawah 40 peratus tahun ini
Tujuh strategi penguatkuasaan akan dilaksanakan pada musim perayaan khususnya Tahun Baharu Cina ini.

2 maut, 2 cedera kereta rempuh lori diparkir tepi jalan
Dua maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki merempuh sebuah lori yang diparkir di tepi Jalan Gua Musang-Kuala Lipis berhampiran Lepan Tapai, di sini, pada Rabu.

Lumba haram: Penunggang maut kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan
Mangsa, seorang lelaki berusia 20 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.