KLANG: Seramai 20 individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang, Geng TR sejak lima tahun lepas.
Mereka adalah N. Nithiyan, 39; S. Logan, 32; R. Parthipan, 32; M. Keshava Nair, 30; A. Balamurugan, 40; V.S Wilbert, 46; M. Ramakrishnan, 45; R.E Mohan, 34; M. Thanasekaran, 44; Edward Liew, 49 dan S. Manoraj, 28.
Turut didakwa M. Amaran, 30; S. Hemanathan, 31; K. Thana Seelan, 38; K. Ravishankara, 43; Muhammad Razi Abdullah, 51; G. Deeneskumar, 29; K. Venaigaraj, 32; A. Kogilan, 26, dan M. Tineshkumar, 26.
Kesemua lelaki berkenaan mengangguk faham ketika pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya.
Tiada pengakuan direkodkan dalam prosiding hari ini kerana pertuduhan dilakukan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), yang berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran makanan laut di Sungai Janggut, Kuala Selangor pada November 2019 hingga 2 Mei lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 130V(I) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan, dengan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hashim, Lina Hanini Ismail dan Syafinas Shabudin.
Seramai 14 daripada tertuduh diwakili peguam Ayasamy Velu, Naizatul Zamrina Karizaman, Revin Kumar dan S. Vinesh, manakala enam lagi tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian menetapkan 26 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi memindahkan prosiding ke Mahkamah Tinggi.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain sebelum ini dilaporkan berkata polis menahan 21 individu yang disyaki terlibat dengan kumpulan kongsi gelap menerusi Op Lima di sekitar Selangor, Johor dan Pahang pada 3 Mei lepas.
Beliau berkata seorang lagi individu tidak dapat didakwa di mahkamah kerana sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara, dan polis sedang memburu 10 lagi ahli Geng TR itu yang masih bebas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 29 2024
esemua lelaki berkenaan mengangguk faham ketika pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya. - Foto Bernama
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Geng TR: Kes dipindah ke Mahkamah Tinggi Shah Alam
Perbicaraan kes 20 lelaki yang didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, Geng TR dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.
20 ahli 'Geng TR' dihadapkan ke mahkamah
20 individu dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang, Geng TR sejak lima tahun lepas.