KUALA LUMPUR: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menjangkakan 20 atlet balapan dan padang layak berdasarkan merit ke Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam, yang dijadual berlangsung pada 12-23 Mei ini.
Presiden KOM Datuk SM Muthu berkata Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia ke-97 pada 4-6 Mac ini bakal menjadi platform terakhir kepada para atlet merebut tempat ke Hanoi selepas hanya 10 atlet sahaja yang telah melepasi kelayakan ke temasya dwitahunan itu.
"Saya harap semua atlet akan memberi persembahan terbaik mereka untuk meraih tempat ke Hanoi. Kami mahu seramai yang boleh, atlet yang layak berdasarkan merit ke Sukan SEA," katanya ketika dihubungi.
Syarat kelayakan ke Sukan SEA sekurang-kurangnya kedudukan di tiga tempat teratas (masa, jarak atau ketinggian) pada edisi sebelum ini.
Atlet yang layak ialah atlet baling tukul besi Jackie Wong Siew Cheer; Muhammad Irfan Shamsuddin (lempar cakera); Nauraj Singh Randhawa (lompat tinggi); Mohd Iskandar Alwi (lompat bergalah); Mohammad Amirul Arif Mohd Azri (1,500 meter); serta Muhammad Zulfiqar Ismail dan Russel Alexander Nasir Taib (pelari pecut).
Bagi kategori wanita pula, atlet baling tukul besi Grace Wong Xiu Mei serta atlet lempar cakera Queenie Ting dan Choo Kang Ni juga telah melepasi had kelayakan menerusi kejohanan baru-baru ini.
Bagaimanapun, juara bertahan 100m Muhammad Haiqal Hanafi; juara lompat tinggi Lee Hup Wei; pemenang pingat perak lompat jauh Andre Anura Anuar; raja pecut edisi 2017 Khairul Hafiz Jantan dan juara dua kali 110m lagi berpagar Rayzam Shah Wan Sofian masih belum melayakkan diri ke temasya itu.
Sementara itu, Muthu berkata selain Terbuka Malaysia, KOM turut menyediakan enam kejohanan peringkat tempatan lain sepanjang tahun ini, termasuk Grand Prix Malaysia ke-3 pada Jun, Kejohanan Olahraga Remaja Kebangsaan (Julai), Relay Kebangsaan (September) dan Rentas Desa Kebangsaan (November).
KOM juga mahu menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara dijadual pada 22-23 Okt depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 27 2022
KOM menjangkakan 20 atlet balapan dan padang layak berdasarkan merit ke Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam, yang dijadual berlangsung pada 12-23 Mei ini. - Foto Bernama
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
KOM terima tajaan RM5 juta untuk tempoh tiga tahun
Shahidan berkata, tajaan yang disalurkan itu bakal menjadi faktor penting untuk mencapai matlamat dalam pembangunan atlet.
Muhammad Azeem dibenarkan pulang jalani latihan pusat di Malaysia
Muhammad Azeem akan kembali dalam masa terdekat dan turut menyertai Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok, Thailand pada 12 hingga 16 Julai.
Sukan SEA: Sasaran 10 emas daripada saya sendiri - Shahidan
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim mengakui sasaran 10 emas untuk kem olahraga pada Sukan SEA 2023, adalah sasaran peribadinya sendiri.
Sukan SEA: KOM tak puas hati olahraga gagal tepati sasaran
Shahidan Kassim berkata harapan membawa pulang 10 emas yang diletakkan sebelum ini dibuat berdasarkan prestasi semasa atlet negara sebelum mereka turun berjuang di bumi Kemboja.
Jurulatih harap pemilihan atlet ke Sukan SEA berdasarkan prestasi semasa
Mogan berkata, KOM perlu memberi peluang kepada atlet yang menyerlah pada kejohanan Trek dan Padang KOM, minggu lepas.
Sukan SEA: KOM mahu 'kejar' Azeem hingga Amerika Syarikat
Ia bagi membolehkan pemegang rekod kebangsaan itu mendapat pelepasan daripada Universiti Auburn untuk beraksi di Sukan SEA Kemboja.
Pemilihan KOM esok bakal pilih kepimpinan baharu
Ahli gabungan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) bakal memilih pucuk kepimpinan baharu, sempena mesyuarat agung tahunannya pada esok.
Muthu dicabar Shahidan bagi jawatan Presiden KOM
Pemilihan tersebut akan diadakan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KOM, 12 Jun ini.
20 atlet dijangka layak ke Hanoi berdasarkan merit - KOM
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menjangkakan 20 atlet balapan dan padang layak berdasarkan merit ke Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam, yang dijadual berlangsung pada 12-23 Mei ini.
KOM rancang tiga kejohanan sebagai persiapan Sukan SEA
Atlet akan dihantar bertanding di kejohanan luar negara bagi memastikan mereka mendapat pendedahan.