awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2,076 individu terkait GISB sertai program pemulihan MAIS

Bernama
Bernama
08/02/2025
15:15 MYT
2,076 individu terkait GISB sertai program pemulihan MAIS
Abdul Aziz berkata program itu meliputi fasa pemulihan serta pengukuhan masing-masing berjalan selama enam bulan, diikuti pemantauan menerusi fasa pascapemulihan, pemantauan dan khidmat sokongan. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Sebanyak 2,076 individu termasuk 1,345 kanak-kanak yang terkait dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) bersetuju menyertai program pemulihan kelolaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bermula 15 Feb ini.
Pengerusi MAIS Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata inisiatif dikenali Program Insan Rabbani yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu akan dilaksanakan dalam empat fasa selama dua tahun.
Beliau berkata program itu meliputi fasa pemulihan serta pengukuhan masing-masing berjalan selama enam bulan, diikuti pemantauan menerusi fasa pascapemulihan, pemantauan dan khidmat sokongan.
"Proses pemulihan akan menggunakan Modul Istitabah untuk peringkat umur dewasa dan Modul Pendidikan Islam Insani kepada kanak-kanak dengan pendaftaran boleh dibuat di Bahagian Pemulihan Al-Riqab MAIS. Ia akan dilaksanakan sama ada di dalam atau di luar pusat pemulihan berkenaan.
"Proses pemulihan di dalam pusat dilaksanakan di Pusat Perlindungan Terpilih manakala di luar akan dilaksanakan di masjid atau sekolah atau mana-mana lokasi yang sesuai," katanya di sini hari ini.
Abdul Aziz berkata setakat ini bilangan yang berdaftar dengan Bahagian Ar Riqab MAIS membabitkan lebih 1,300 kanak-kanak bawah 17 tahun selain lebih 700 individu dewasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MAIS
#GISB
#Kanak-kanak
#program pemulihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan