JITRA: Seramai 23,487 pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti awam bagi kemasukkan sesi Oktober 2021 boleh menarik nafas lega, apabila ditawarkan wang pendahuluan pinjaman (WPP) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM1,500 seorang.
Pengerusi PTPTN Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata tawaran yang membabitkan peruntukan lebih RM35 juta itu, disediakan bagi membantu pelajar menampung sebahagian perbelanjaan persiapan memasuki Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
"Ia juga bagi memastikan tiada pelajar yang gagal memasuki IPTA disebabkan masalah kewangan. Wang pendahuluan ini diberikan kepada pelajar warganegara Malaysia yang bersetuju menerima WPP semasa mengisi permohonan di UPU Online atau melalui portal kemasukan IPTA.
"Syarat lain ialah ibu bapa atau penjaga pelajar merupakan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan memenuhi kriteria ditetapkan PTPTN," katanya selepas menyampaikan surat tawaran WPP kepada beberapa pelajar, di sini hari ini.
Katanya, pelajar yang mendapat tawaran tersebut boleh menunaikannya di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Bhd di seluruh negara bermula semalam (24 Sept), dan menghubungi PTPTN bagi sebarang pertanyaan.
Sementara itu, Wan Saiful berkata sejak WPP diperkenalkan pada 1999 sehingga Julai tahun ini, seramai 942,025 pelajar telah memanfaatkannya dengan peruntukkan berjumlah RM1.39 bilion.
"Tahniah dan syabas kepada pelajar yang berjaya melangkah ke menara gading, WPP PTPTN yang diterima ini harus digunakan sebaik mungkin. Tunjukkan rasa syukur dan terima kasih dengan belajar bersungguh-sungguh sehingga menjadi modal insan unggul kepada negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 25 2021
Tawaran itu disediakan bagi membantu pelajar menampung sebahagian perbelanjaan persiapan memasuki IPT. - Gambar fail
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa gencatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin.
Sarawak mahu pengamal media, pelajar jadi ejen tidak rasmi sampaikan sentimen rakyat
Datuk Abdullah Saidol, berkata ini supaya Kerajaan Negeri dapat mengetahui sejauh mana rakyat faham tentang dasar yang dilaksana.
3,000 pelajar di Parlimen Bandar Tun Razak terima sumbangan 'Back To School'
Sejumlah 3,000 pelajar dari 29 sekolah rendah dan menengah sekitar Parlimen Bandar Tun Razak menerima sumbangan persediaan persekolahan menerusi program 'Back To School'.
4,274 pelajar di pantau timur terima manfaat bantuan pendidikan YBR
Sejumlah 4,274 murid sekolah dan pelajar IPT di Kelantan, Terengganu dan Pahang menerima manfaat melalui bantuan awal pengajian YBR.
Sarjan disyaki rogol pelajar dibebaskan dengan jaminan polis
Kertas siasatan kes terbabit sudah dilengkapkan dan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Rabu lalu.
Didakwa rogol pelajar Tingkatan Empat, anggota polis ditahan
Pihak polis telah mengambil keterangan daripada mangsa dan beberapa saksi bagi melengkapkan kertas siasatan.
'Jangan gopoh buat keputusan' - Tengku Zafrul titip pesan kepada para pelajar
Beliau juga berharap anak muda lebih berminat menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi selepas tamat persekolahan.
Ujian kesihatan mental di sekolah Korea Selatan kesan pelajar berisiko
Kementerian itu berkata "mind EASY test" akan dijalankan dalam talian supaya ia boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa
Pelajar terjejas banjir di Kelantan dibenarkan berpakaian biasa esok - JPN
Pengarah JPN Kelantan Datuk Mohd Zamri Abdul Aziz berkata kelonggaran itu diberikan hingga satu tempoh yang akan dimaklumkan semula.
'Dia lupa peluk saya...' - Ibu pelajar maut jatuh balkoni
Fazlina seakan tidak menyangka gurauan anaknya adalah yang terakhir sebelum anak sulong dari tiga beradik itu meninggal dunia.