awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Usaha tangani perubahan iklim terjejas, AS tarik diri dari Dana Iklim Hijau 'radikal'
Tiada rombakan besar pemain untuk bertemu PDRM FC - Tengku Hazman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2.3 juta murid, pelajar lepasan menengah sudah tebus Baucar Buku MADANI

Bernama
Bernama
12/11/2024
14:15 MYT
2.3 juta murid, pelajar lepasan menengah sudah tebus Baucar Buku MADANI
Fadhlina berkata jumlah itu melibatkan pembelian berjumlah RM149.1 juta bersamaan dengan 4.8 juta naskhah buku. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sejumlah 2.3 juta murid dan pelajar lepasan menengah telah membuat penebusan Baucar Buku MADANI bernilai RM190 juta setakat 8 Nov lepas, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Fadhlina berkata jumlah itu melibatkan pembelian berjumlah RM149.1 juta bersamaan dengan 4.8 juta naskhah buku.
"Baucar bernilai RM50 diberikan kepada murid Tahun 4 ke atas, manakala RM100 diberikan kepada murid sekolah menengah, pelajar kolej vokasional, Tingkatan Enam, matrikulasi, dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dengan penebusan dan transaksi pembelian penuh boleh dilakukan hingga 31 Dis ini," katanya.
Beliau berkata pihaknya menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman bantuan Baucar Buku MADANI berjumlah RM290 juta semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 30 Mei lepas.
Fadhlina berkata baucar buku ini diberi bagi menyemai minat membaca dalam kalangan generasi muda, melibatkan 3.5 juta murid dan pelajar lepasan menengah.
Menurutnya, KPM akan memantau data penebusan untuk memastikan kelancaran pelaksanaan dan mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan pendidikan di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar
#tebus baucar
#Baucar Buku MADANI
#Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan