awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Festival Muzikal Air akan disesuaikan - Zahid Hamidi
Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci
Arab Saudi gantung kontrak 1,800 agensi pelancongan umrah asing kerana tidak patuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

230,000 pengguna terjejas menara penghantaran elektrik tergelincir di Pantai Timur Sabah - Hajiji

Bernama
Bernama
14/09/2025
08:01 MYT
230,000 pengguna terjejas menara penghantaran elektrik tergelincir di Pantai Timur Sabah - Hajiji
Hajiji berkata pasukan Sabah Electricity bekerja 24 jam tanpa henti untuk melakukan kerja-kerja baik pulih segera. - Facebook Sabah Electricity Careline
KOTA KINABALU: Insiden tanah runtuh di Kampung Sarapung, Penampang dekat sini telah menyebabkan tiang menara penghantaran Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) tergelincir dan mengakibatkan gangguan bekalan elektrik di kawasan Pantai Timur Sabah semalam.

Ringkasan AI
  • Insiden tanah runtuh di Kampung Sarapung, Penampang menyebabkan tiang menara penghantaran elektrik tergelincir, mengakibatkan gangguan bekalan kepada hampir 230,000 pengguna di Pantai Timur Sabah.
  • Daerah terjejas termasuk Sandakan, Lahad Datu, Kinabatangan, Kunak, Semporna dan Beluran, dengan gangguan bermula sekitar jam 5.05 petang semalam.
  • Pasukan Sabah Electricity bekerja 24 jam untuk baik pulih, termasuk pemasangan menara kecemasan dalam tempoh lapan hari dan pembinaan menara kekal sebagai langkah jangka panjang.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata hampir 230,000 pengguna terkesan akibat kejadian itu dan daerah terputus bekalan elektrik termasuk Sandakan, Lahad Datu, Kinabatangan, Kunak, Semporna dan Beluran.
Beliau berkata pasukan Sabah Electricity bekerja 24 jam tanpa henti untuk melakukan kerja-kerja baik pulih segera.
"Kerja-kerja terlibat antaranya pintasan bekalan, pemasangan menara kecemasan dalam tempoh lapan hari sebagai langkah jangka pendek dan seterusnya pembinaan menara kekal.
"Kerajaan negeri amat memahami kesulitan yang dihadapi rakyat ketika ini. Marilah kita terus satukan hati dan berdoa sebagai rakyat Sabah supaya semuanya dapat dipermudahkan terutama sekali bagi mereka yang dilanda musibah ketika ini," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Semalam, Sabah Electricity memberitahu beberapa daerah di Pantai Timur Sabah terputus bekalan elektrik susulan gangguan talian penghantaran 275KV Kolopis-Segaliud membabitkan talian 1 dan talian 2, dan gangguan dikesan berlaku pada 5.05 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#insiden tanah runtuh
#Penampang Sabah
#Sabah Electricity
#gangguan bekalan elektrik
#Hajiji Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan