awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

239 cedera susulan gempa bumi di Iran

Bernama
Bernama
26/03/2023
03:30 MYT
239 cedera susulan gempa bumi di Iran
Gempa yang berlaku berhampiran daerah Khoy di wilayah Azarbaijan Barat pada 6.46 pagi waktu tempatan itu mempunyai kedalaman 8 kilometer. - Foto Twitter/SSGEOS
TEHRAN: Jumlah mangsa yang cedera dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 5.6 yang menggegarkan barat laut Iran pada pagi Jumaat kini mencecah 239 orang, lapor Xinhua memetik ISNA pada Sabtu.
Gempa yang berlaku berhampiran daerah Khoy di wilayah Azarbaijan Barat pada 6.46 pagi waktu tempatan (0316 GMT) itu mempunyai kedalaman 8 kilometer, menurut Pusat Seismologi Iran (IRSC).
Ketua Pertubuhan Bantuan dan Menyelamat Iran, Sadeq Mahmoudi berkata 50 mangsa yang cedera adalah dari daerah Khoy dan selebihnya dari daerah Salmas.
Beliau berkata 219 orang telah discaj manakala 20 lagi termasuk tujuh dari Khoy dan 13 dari Salmas, dimasukkan ke wad.
Mahmoudi berkata khemah dan selimut telah dihantar kepada penduduk di kawasan yang dilanda gempa bumi.
Pada Jumaat, Ketua Pengarah Yayasan Perumahan Azarbaijan Barat Jafar Barzegar memberitahu agensi berita rasmi Iran IRNA bahawa 80 unit kediaman di 10 kampung di daerah Salmas dan Khoy rosak akibat gempa bumi itu.
Pada akhir Januari, gempa bumi bermagnitud 5.9 magnitud melanda Khoy County yang meragut tiga selain mencederakan lebih 800 orang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#cedera
#Hospital
#Khoy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan