awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran Trump kepada Republikan: "Jika kalah pilihan raya pertengahan penggal, saya akan dipecat"
"Tiada siapa boleh lawan kita" - Trump puji ‘kejayaan ketenteraan luar biasa’ di Venezuela
Cuba dedah identiti 32 anggota maut dalam serangan AS ke atas Venezuela, Washington pertahan tindakan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

25 individu termasuk tiga doktor ditahan kes jual sijil vaksin palsu - Polis

Sinar Harian
Sinar Harian
10/02/2022
06:22 MYT
25 individu termasuk tiga doktor ditahan kes jual sijil vaksin palsu - Polis
Mohd Kamarudin berkata, kes terbaharu yang dikesan pihaknya membabitkan sijil vaksin palsu dilaporkan di Kinarut, Sabah, pada minggu lalu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 25 individu termasuk tiga doktor ditahan membabitkan sembilan kes penipuan penjualan sijil vaksin palsu yang dikesan di seluruh negara sejak bulan lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, daripada jumlah itu, turut ditahan membabitkan tiga jururawat, 11 orang awam, tujuh ejen dan seorang staf klinik.
"Kebanyakan siasatan kes berkenaan sudah hampir selesai dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan pertuduhan," katanya ketika ditemui pada sidang media di Ibu Pejabat JSJK Bukit Aman, di sini pada Khamis.
Mohd Kamarudin berkata, kes terbaharu yang dikesan pihaknya membabitkan sijil vaksin palsu dilaporkan di Kinarut, Sabah, pada minggu lalu.
"Kita menerima laporan daripada seorang staf klinik pada 4 Februari lalu yang melaporkan seorang doktor melakukan aktiviti penjualan sijil vaksin palsu.
"Suspek berkenaan yang juga seorang doktor berusia 37 tahun ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7 Februari lalu,” katanya.
Dalam kes berasingan, Mohd Kamarudin berkata, pihaknya menerima dua laporan di Selangor berhubung kes penipuan berkaitan tawaran penjualan kit ujian covid-19 yang tidak wujud melibatkan kerugian keseluruhan berjumlah RM710,000.
"Berdasarkan siasatan, kedua-dua mangsa yang juga ahli perniagaan telah mengadakan perbincangan dengan sebuah syarikat yang mendakwa boleh membantu dalam pembelian kit ujian pengesanan covid-19 dari syarikat pengeluar di China.
"Setelah pembayaran dilunaskan, kit ujian yang dibeli tidak diterima. Mangsa seterusnya membuat semakan terus dengan syarikat pengeluar di China dan mendapati tiada sebarang pesanan diterima oleh pihak pengeluar," katanya.
Mohd Kamarudin memaklumkan kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
#sijil vaksin palsu
#doktor ditahan
#Bukit Aman
#Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan