KUCHING: Persembahan muzik sape oleh 250 pemain pada malam penutup Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 di sini Ahad ini bakal mencatat rekod baharu dalam Malaysia Book of Records (MBR).
Guru sape, Elizabeth Bungan, 32, yang juga pengasas studio Culture Meet berkata, sape yang merupakan muzik tradisional masyarakat Orang Ulu itu akan dimainkan oleh pemain dari seluruh Malaysia secara serentak selama lima minit di Tebingan Sungai Kuching.
"Ini merupakan cubaan kali kedua untuk mencatat rekod MBR iaitu ramai pemain dalam satu masa. Ia melibatkan penambahan jumlah pemain kepada 250 orang berbanding 207 sewaktu kali pertama mencipta rekod itu di Miri pada 2017," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata, kesemua pemain terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum dan etnik yang berkongsi minat terhadap sape sekali gus mahu memartabatkan muzik tradisional Sarawak.
Menurutnya ketika latihan, pemain dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dengan setiap sesi dihadkan kepada 50 orang sahaja selain perlu membuat ujian saringan COVID-19.
Elizabeth berkata, mereka hanya mengadakan latihan secara bersemuka selama tiga hari sahaja sebelum persembahan namun yakin impian untuk mencatat rekod itu tercapai dengan kerjasama semua pemain.
"Sebenarnya kami telah memulakan sesi latihan sejak Disember lepas namun hanya secara dalam talian dengan skala kecil," katanya.
Anak Sarawak kacukan Kelabit-Iban yang berasal dari Sibu itu telah memulakan karier sebagai pemain sape profesional sejak 2016 selepas menyertai persembahan di Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF).
Elizabeth atau lebih dikenali sebagai Eli mula dikenali ramai apabila beliau sering memuat naik videonya bermain sape menerusi laman sosial.
Selain pernah mendapat jemputan untuk membuat persembahan di majlis-majlis rasmi, beliau juga pernah bermain sape bersama dua ikon sape Sarawak, Jerry Kamit dan Alena Murang pada RWMF 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 25 2022
Elizabeth Bungan (depan) mengadakan sesi latihan bersama sebahagian peserta bermain sape, sejenis alat muzik tradisional masyarakat Orang Ulu di Akademik Kastam Malaysia Cawangan Sarawak di sini sebagai persediaan untuk persembahan. - Bernama
Anwar bertemu PM UAE bincang pengembangan usahasama strategik
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Perdana Menteri dan Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum pada Isnin di Dubai.
N.Sembilan terus jadi pilihan pelabur, rekod pelaburan RM3.0 bilion pada suku kedua 2024
Beliau berkata pada suku kedua 2024 Malaysia Investment Development Authority (MIDA) melaporkan Negeri Sembilan merekodkan pelaburan berjumlah RM3.0 bilion.
[TERKINI] Suri rumah didakwa bunuh tiga pelajar UiTM layak dibicarakan
Suri rumah yang didakwa menjadi punca kemalangan sehingga menyebabkan kematian tiga pelajar Unversiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun layak dibicarakan dan memberi pengakuan.
Ronaldo kekal di Al-Nassr sehingga tahun depan
Cristiano Ronaldo dilaporkan telah menerima tawaran Al-Nassr untuk melanjutkan kontraknya sehingga tahun depan dan akan terus beraksi dalam saingan Liga Pro Saudi itu.
Microsoft, Google dan Meta dilapor tangguh pembelian cip Nvidia GB200
Ia berkait dengan isu pemanasan dan pepijat pada sambungan cip, walaupun Nvidia mengatakan isu ini telah diselesaikan.
AWANI Ringkas: Penyanyi dikir barat, lima yang lain didakwa kes dadah01
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Sonos letak jawatan
Pencarian CEO baharu telah dimulakan untuk meneruskan legasi inovasi dan kecemerlangan Sonos sambil memacu pertumbuhan yang menguntungkan.
Tuanku Muhriz mahu tindakan tegas terhadap pihak menyimpang daripada Islam
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mahu supaya tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.
Fenomena 'Kahar: Kapla High Council' diteruskan di Astro First, masuk pasaran antarabangsa
Fenomena Kahar: Kapla High Council Diteruskan Di Astro First, Masuk Pasaran Antarabangsa
Mahkamah tolak permohonan CEO GISB, isteri cabar penahanan
Mahkamah Tinggi menolak permohonan habeas corpus difailkan CEO GISB dan isteri yang ditahan mengikut SOSMA.
Citrawarna Keluarga Malaysia diteruskan dengan SOP lebih ketat - Nancy
SOP untuk pelaksanaan program tersebut telah diteliti semula dan akan dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selasa ini.
Sarawak jadi tuan rumah Citrawarna Disember tahun ini - Nancy Shukri
Sarawak bakal menjadi tuan rumah program Citrawarna Keluarga Malaysia yang dijangka diadakan pada pertengahan Disember tahun ini.
Lebih 10,000 pengunjung meriahkan Citrawarna Kuala Lumpur 2014
Perarakan itu merupakan inisiatif Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bagi mempromosi Malaysia melalui pertunjukan produk-produk pelancongan, kebudayaan dan kesenian
Agong sempurnakan pelancaran Citrawarna 1Malaysia
Yang di-Pertuan Agong menyempurnakan pelancaran Citrawarna 1Malaysia 2013, program promosi pelancongan tahunan yang menampilkan kebudayaan rakyat Malaysia.