awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

250 penduduk terjejas banjir kilat di Kulim

Bernama
Bernama
27/05/2018
02:21 MYT
250 penduduk terjejas banjir kilat di Kulim
AZMAN: Kita sudah merangka gerak kerja termasuk memberi bantuan segera bencana. - Gambar fail
Lebih 250 penduduk di 10 kampung dekat Lunas terjejas apabila dilanda banjir kilat yang disebabkan hujan lebat sejak 2 petang hingga 8 malam semalam.
Anggota Dewan Undangan Negeri Lunas Azman Nasrudin berkata kesemua mangsa kini ditempatkan di dua pusat pemindahan banjir sementara yang dibuka di Masjid Sungai Seluang dan surau Taman Sang Kancil.
"Jalan utama yang menghubungkan Padang Serai dan Lunas turut ditenggelami air dan menyebabkan dua kampung iaitu Kampung Nagalilit dan Kampung Permatang Durian terputus hubungan," katanya ketika mengadakan mensyuarat tergempar menguruskan banjir kilat di sini malam tadi.
Sepuluh kampung yang terlibat adalah Kampung Sungai Seluang Atas, Kampung Sungai Seluang Bawah, Kampung Paya Serdang, Kampung Bukit Sarang Ayam,Kampung Balik Bukit,Kampung Batu 7,Kampung Permatang Durian, Kampung Permatang Tok Dik, Kampung Naga Lilit dan Kampung Sungai Limau - Taman Kancil.
"Kita sudah merangka gerak kerja termasuk memberi bantuan segera bencana seperti bekalan makanan, selimut dan tikar kepada mangsa terlibat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azman Nasrudin
#banjir
#bantuan
#gerak kerja
#hujan
#Kulim
#Lunas
#mangsa
#pusat pemindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan