Skip to main content

Malaysia

TMM 2026: MOTAC, MAG perkukuh kerjasama tarik lebih ramai pelancong antarabangsa

YB Dato’ Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bersama YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha MOTAC, mengadakan pertemuan bersama Kapten Nasaruddin A. Bakar, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Malaysia Aviation Group (MAG) bagi membincangkan peluang kerjasama strategik dalam memperkukuh sektor pelancongan negara. -- FB Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Pertemuan antara Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dalam pertemuannya bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG Kapten Nasaruddin A Bakar. - Facebook MOTAC
Advertisement

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Malaysia Aviation Group (MAG) memperkukuh kerjasama strategik untuk menarik lebih ramai pelancong antarabangsa ke Malaysia bagi menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026, yang dilanjutkan sehingga tahun depan.

MOTAC menerusi hantaran di laman Facebook hari ini memaklumkan perkara itu dibincangkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dalam pertemuannya bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG Kapten Nasaruddin A Bakar.

Menurut MOTAC, kerjasama itu meliputi usaha memperluas jaringan penerbangan dan pasaran antarabangsa, termasuk India, China, Eropah serta destinasi baharu seperti Fukuoka.

MOTAC dan MAG turut membincangkan strategi pemasaran dan promosi penerbangan bersama bagi meningkatkan permintaan serta faktor muatan penerbangan ketika musim rendah.

Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan usaha menyokong ekosistem pelancongan domestik dengan merancakkan manfaat kepada pemain industri tempatan serta meningkatkan pengalaman penumpang melalui penambahbaikan kabin, perkhidmatan, sajian dalam penerbangan serta latihan kru kabin.

“Kerjasama lebih erat antara kerajaan, industri penerbangan dan pemain pelancongan diyakini mampu memperkukuh daya saing Malaysia sebagai destinasi pilihan dunia serta memberikan impak positif kepada ekonomi dan industri pelancongan negara,” menurut hantaran itu.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement