Skip to main content

Dunia

Anwar tiba di Brunei untuk lawatan rasmi dua hari

Anwar Ibrahim Brunei
Ketibaan Anwar dan Dr Wan Azizah disambut Menteri Luar Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen. - Gambar/ Astro AWANI
Advertisement

BANDAR SERI BEGAWAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Bandar Seri Begawan untuk lawatan rasmi dua hari ke Brunei.

Penerbangan khas membawa Anwar dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada jam 6.10 petang.

Ketibaan Anwar dan Dr Wan Azizah disambut Menteri Luar Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen.

Beliau hadir bagi menghadiri Mesyuarat Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 (ALC-27) bersama Sultan Brunei Sultan Hassanal Bokliah di Istana Nurul Iman.

Perdana Menteri kemudiannya memeriksa perbarisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Turut hadir di lapangan terbang ialah Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Amran Mohamed Zin; dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Datuk Mohd Aini Atan.

Esok, Perdana Menteri dijadualkan menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman dan kedua-dua pemimpin kemudian akan mengadakan pertemuan empat mata.

Kedua-dua pemimpin dijangka mengambil peluang untuk menilai kemajuan kerjasama yang sedang berjalan di samping mengukuhkan lagi hubungan dan usaha yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Perdana Menteri dan Sultan Brunei juga akan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Pengurusan Bencana yang akan ditandatangani oleh Menteri-Menteri berkaitan kedua-dua negara.

 

Must Watch Video

Advertisement