awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

265 kes varian Delta dikesan dalam tempoh dua minggu

Bernama
Bernama
31/08/2021
16:04 MYT
265 kes varian Delta dikesan dalam tempoh dua minggu
Dr Noor Hisham berkata secara keseluruhan sehingga kini bagi VOC, terdapat sebanyak 978 kes varian Delta, 209 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kajian berterusan oleh tiga institut penyelidikan di negara ini telah mengenal pasti 265 kes varian yang membimbangkan (VOC) iaitu varian Delta (B.1.617.2) sejak 16 hingga 29 Ogos.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengenal pasti 39 kes varian Delta, Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE), Universiti Teknologi MARA (48 kes) dan Institute of Health and Community Medicine, Universiti Malaysia Sarawak (178 kes).
"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan varian yang perlu diberi perhatian (VOI) adalah sebanyak 1,221 kes.
"Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 1,201 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI," katanya dalam hantaran di Facebook beliau hari ini.
Dr Noor Hisham berkata secara keseluruhan sehingga kini bagi VOC, terdapat sebanyak 978 kes varian Delta, 209 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha.
Bagi VOI pula terdapat 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Varian Delta
#COVID-19
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan