SEREMBAN: Sejumlah 27,000 permohonan peranti bagi program PerantiSiswa Keluarga Malaysia diterima dalam tempoh tujuh jam hari ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata permohonan dalam talian itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar institut pengajian tinggi (IPT) daripada golongan B40 yang mula dibuka hari ini.
"Kebetulan hari ini adalah hari pertama permohonan peranti bagi pelajar B40, saya dimaklumkan dalam masa enam hingga tujuh jam, kita menerima 27,000 permohonan dalam talian.
"Satu sambutan luar biasa, menjadi hasrat kerajaan memastikan pelajar-pelajar di IPT mendapatkan peranti yang bersesuaian dengan jurusan pengajian diambil di universiti," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa di Klana Resort, Seremban di sini hari ini.
Turut hadir Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin dan Ketua UMNO Bahagian Seremban Mustafa Salim.
Annuar turut menyantuni pelajar Maahad Tahfiz Al-Ihya pada majlis tersebut.
Media semalam melaporkan peranti program PerantiSiswa Keluarga Malaysia akan mula diagihkan Jun ini dijamin berkualiti tinggi daripada jenama terkenal.
Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia diumumkan dalam pembentangan Bajet 2022 sejajar dengan hasrat kerajaan memastikan rakyat terutamanya pelajar IPT mempunyai peranti dan akses Internet pada kos yang berpatutan.
Annuar berkata program PerantiSiswa Keluarga Malaysia bakal memanfaatkan kira-kira 350,000 mahasiswa daripada keluarga B40 yang mengikuti pengajian seperti diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan https://perantisiswa.kkmm.gov.my.
Dalam perkembangan lain, Annuar berkata pemimpin di peringkat akar umbi memainkan peranan dalam menyalurkan maklumat tentang perkhidmatan jalur lebar dan telekomunikasi secara keseluruhan kepada masyarakat.
"Saya dapati ramai tidak mempunyai maklumat atau kurang kefahaman tentang perkhidmatan jalur lebar dan telekomunikasi secara keseluruhan, ini termasuk pemimpin dan wakil rakyat yang mungkin tidak mendapat gambaran jelas pelaksanaan tersebut.
"Saya percaya ramai pertama kali dengar PoP (point of presence), iaitu program paling penting dan menelan belanja berbilion ringgit dalam menaik taraf capaian perkhidmatan jalur lebar yang melibatkan 4,000 sekolah," katanya.
Justeru, beliau berkata pentingnya peranan pemimpin dan wakil rakyat membantu menjayakan program serta inisiatif kementerian dalam peningkatan jalur lebar secara keseluruhan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 15 2022
Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Tan Sri Annuar Musa (kanan) menyampaikan sumbangan kepada para pelajar dari Mahaad Tahfiz Al-Ihya, Sikamat, ketika hadir pada program berbuka puasa hari ini. - Foto BERNAMA
Pemasangan 'feeder pillar' baharu di Jalan Kepong-Kuala Selangor bermula Jun ini
Pemasangan feeder pillar melibatkan peruntukan sebanyak RM500,000 itu akan ditempatkan di kawasan terang dan terdedah kepada orang awam.
Ditembak lima das, PM Slovakia, Robert Fico kini sedang “bertarung nyawa”
Pembedahan selama tiga setengah jam ke atas Robert Fico sangat kompleks, kata Menteri Pertahanan Robert Kalik.
Pihak berkaitan perlu martabatkan tenunan Melayu yang kurang dapat perhatian - Tuanku Zara
Usaha komprehensif perlu dilaksanakan agar manfaat penyelidikan dan keistimewaan tenunan Melayu dapat diketengahkan kepada lebih ramai lagi.
Luluh hati ibu ketika tatap wajah anak yang maut dalam kemalangan lori simen di Lojing
Rohani Adi tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia wajar diperluas ke peringkat sekolah
Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia wajar diperluaskan ke peringkat sekolah agar pelajar tidak lagi terbeban membawa buku teks.
27,000 permohonan peranti dalam masa tujuh jam hari ini - Annuar
Sejumlah 27,000 permohonan peranti bagi program PerantiSiswa Keluarga Malaysia diterima dalam tempoh tujuh jam hari ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa.