Pasukan keselamatan negara telah berjaya menahan seramai 27 suspek berhampiran kawasan pantai Kampung Tanjung Batu dalam operasi hari ini.
Suspek yang mengaku sebagai nelayan itu diserahkan kepada polis Lahad Datu untuk siasatan.
“Kita tidak mahu sesiapa memasuki kawasan operasi kerana ia boleh menjejaskan operasi dan membahayakan orang berkenaan,” kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam satu sidang media di Felda Sahabat 16.
Polis juga melaporkan bahawa pihak keselamatan negara berjaya membersihkan lebih banyak kawasan yang sebelum ini dikawal penceroboh.
Ismail juga berkata pasukan keselamatan telah masuk ke beberapa sudut kawasan ini yang belum lagi dimasuki sebelum ini.
"Walaubagaimanapun kita percaya pihak penceroboh masih ada di kawasan-kawasan yang berhampiran dan gerak geri kami masih diteruskan dan kita berharap yang pentingnya kita terus melangkah dan mengikut perancangan yang telah kita atur bersama," kata beliau.
Ops Daulat telah memasuki hari kelima dengan jumlah yang ditahan kerana disyaki mempunyai hubungan dengan penceroboh setakat ini ialah 106, manakala jumlah yang ditembak mati ialah 53.
Krisis ini juga telah mengorbankan seramai lapan anggota keselamatan negara.
Haider Yutim
Sat Mar 09 2013
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
27 ditahan berhampiran Tanjung Batu
Pasukan keselamatan negara telah berjaya menahan seramai 27 suspek berhampiran kawasan pantai Kampung Tanjung Batu dalam operasi hari ini.