KUALA LUMPUR:Sebanyak 27 kawasan di wilayah Kuala Langat dan Sepang, Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 9.00 malam, pada hari Selasa minggu depan (24 Nov), dan dijangka pulih sepenuhnya pada 5.30 petang keesokan harinya (25 Nov).
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata ia susulan kerja-kerja penggantian injap pada paip agihan yang terletak di simpang Jalan Indah 1, Jalan B48 Pekan Sepang Lama yang akan dilaksanakan bermula pukul 9.00 malam, 24 Nov ini.
Menurutnya pelaksanaan kerja-kerja penggantian injap di paip agihan itu akan membolehkan sistem pengagihan bekalan air berjalan lancar dan semua peralatan berkaitan sentiasa berada dalam keadaan baik dan optimum.
"Penambahbaikan infrastruktur injap ini juga adalah sebahagian usaha Air Selangor dalam meningkatkan pengalaman perkhidmatan terbaik demi keselesaan para pengguna di masa hadapan.
"Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air adalah berbeza mengikut kawasan bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Berdasarkan lampiran yang disediakan Air Selangor, kawasan bakal terjejas di wilayah Kuala Langat adalah Kampung Kudang, Tanjung Sepat New Village, Taman Pelangi, Taman Tanjung Sepat Indah, Ladang Bedford dan Kampung Tanjung Layang.
Kawasan lain di wilayah Kuala Langat yang bakal terjejas ialah Kuarters Estate Gadong, Kampung Batu Laut, Ladang Batu, Kampung Orang Asli Tanjung Sepat, Kampung Tanjung Sepat Darat, Berek Polis Tanjung Sepat, Kampung Batu Untung, Taman Batu Untung, Taman Tanjung, Taman Mutiara, Kampung Tumbuk dan Taman Kanchong Laut.
Bagi wilayah Sepang pula ia melibatkan Kampung Bukit Bangkong, Kampung Orang Asli Bukit Bangkong, Kem PKLS Hazliza Ulu Teris, Kampung Hulu Teris, Tanjung Rhu, Taman Seri Sungai Pelek, Kampung Ulu Chuchoh, Pekan Sungai Pelek dan Kampung Baru Sungai Pelek.
Sehubungan itu, Air Selangor menasihatkan para pengguna yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual itu.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com atau rujuk kesemua saluran komunikasi rasmi syarikat itu seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 16 2020

Pelaksanaan kerja-kerja penggantian injap di paip agihan itu akan membolehkan sistem pengagihan bekalan air berjalan lancar dan semua peralatan berkaitan sentiasa berada dalam keadaan baik dan optimum. - Gambar hiasan

KSN jalani kuarantin kendiri, sidang media Pengurusan Darurat dibatalkan
Mohd Zuki berkata beliau perlu menjalani kuarantin wajib sehingga 31 Januari ini atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Donald Trump umum buka Pejabat Bekas Presiden AS
Pejabat tersebut akan mengambil tanggungjawab dalam mengelola sebarang kenyataan Trump, penampilan awam, serta aktiviti rasmi beliau.

Ternak rusa dalam balai bomba pertama di Malaysia - Projek Komuniti JBPM Jeli
Projek ini bertujuan memupuk kesedaran dan kepentingan industri ternakan dan makanan.

PKP 2.0: Iman Troye rangka strategi dekatkan diri pada peminat
Penyanyi berusia 19 tahun ini menggunakan sepenuhnya media sosial sepanjang PKP untuk berhubung dengan peminat.

AWANI Ringkas: OXFAM: Covid-19 burukkan isu ketidakstabilan | Orang Asli bimbang anak ketinggalan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (9:00AM).

Thaipusam tahun ini disambut tanpa 'kavadi', bunyi 'urumee melam'
Tidak akan ada 'kavadi' yang diiringi alunan muzik tradisional 'urumee melam' selain ribuan penganut berpakaian warna kuning menjunjung pasu mengandungi susu 'paal kudam'

Pasca PKP 2.0, kuasakan perniagaan anda dengan Astro BUSINESS
Bagi membantu para peniaga dalam meningkatkan pengalaman pelanggan, Astro Business kini memperkenalkan pakej Astro untuk bisnes, Pek Flexi yang terbaik dan berbaloi!

MAQIS rampas 61,932 kilogram ayam sejuk beku dari Thailand
Kesemua ayam sejuk beku itu dirampas dalam pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Malaysia (ICQS) pada jam 9 malam tadi.

PdPR | Ibu bapa Orang Asli bimbang anak keciciran
Orang Asli di Tanah Tinggi Lojing di Gua Musang, Kelantan bimbang anak mereka ketinggalan dalam pembelajaran berikutan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Ini kerana ketiadaan akses kepada peranti serta liputan internet yang lemah.

WEF | Memahami laporan ketidaksamaan OXFAM
Kita bersama Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari, Ketua Ekonomi Pusat Penyelidikan Pasaran Buruh Masa Hadapan (PERKESO) bagi membincangkan mengenai laporan yang dikeluarkan OXFAM International.

JKR Kuala Langat mohon maaf kepada Khairy susulan kemalangan, netizen komen sinis
Status tersebut menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya yang turut menyuarakan keadaan jalan raya di situ.

Dewan Rakyat kecoh, tiga Ahli Parlimen 'muncul' dengan PPE
Terdahulu, tiga Ahli Parlimen berkenaan dibawa menaiki ambulans dan sejurus tiba di Parlimen akan ditempatkan di bilik khas.

Bekalan air di 93.5 peratus kawasan terjejas pulih - Air Selangor
Bekalan air di 805 atau 93.5 peratus daripada 861 kawasan di Lembah Klang yang mengalami gangguan sejak semalam telah pulih pada pukul 6.00 petang tadi.

Air Selangor: Bekalan di 664 kawasan pulih
Daerah Kuala Selangor pulih sepenuhnya diikuti Petaling (99 peratus pemulihan), Kuala Lumpur (95.5 peratus), Hulu Selangor (82.6 peratus), Klang/Shah Alam (61.8 peratus), Gombak (61.7 peratus).

Air Selangor: Sistem agihan bekalan air tidak stabil, punca tangki air alami penyusutan mendadak
Air Selangor memaklumkan pemberhentian tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang pada lewat malam Isnin adalah berpunca daripada sistem agihan bekalan air

KKM kesan lima lagi kluster baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan sebanyak lagi pertambahan kluster baharu dikenali sebagai Kluster DBajaru, Kluster Gangsa, Kluster Batu Tujuh, Kluster Tanjung Bunga, Kluster Kerengge.

Bekalan air di Kuala Langat dan Sepang pulih sepenuhnya
27 kawasan di Wilayah Kuala Langat dan Sepang yang mengalami gangguan bekalan air berjadual telah menerima bekalan air sepenuhnya pada jam 12.30 tengah hari Rabu.

27 kawasan di Kuala Langat, Sepang alami gangguan bekalan air
Sebanyak 27 kawasan di Kuala Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 9 malam ini sehingga 5.30 petang esok.

Gangguan bekalan air di 27 kawasan di Kuala Langat, Sepang 24 Nov
Air Selangor memaklumkan 27 kawasan di wilayah Kuala Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 9 malam 24 Nov ini.

27 kawasan di Kuala Langat, Sepang bakal alami gangguan bekalan air berjadual
Ia susulan kerja-kerja penggantian injap pada paip agihan yang terletak di simpang Jalan Indah 1, Jalan B48 Pekan Sepang Lama.