KUALA LUMPUR: Sebanyak 27 kluster baharu direkodkan hari ini dengan jumlah keseluruhan kluster setakat ini adalah 2,821.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kluster yang telah tamat adalah 1,934 dan jumlah kluster aktif sebanyak 887.

Berikut lima perkara penting kenyataan media KKM pada Selasa:

1) 6,437 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan sepanjang 24 jam yang lalu.

2) Selangor terus mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,299 kes diikuti Kuala Lumpur dengan 1,361 kes dan Negeri Sembilan dengan 700 kes.

3) Pertambahan kes kematian baharu sebanyak 107 kes menjadikan jumlah kumulatif kini adalah 5,108 kes.

4) Jumlah kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 905 kes dan daripada jumlah itu, 455 kes memerlukan bantuan pernafasan.

5) Keseluruhan kes sembuh ketika ini adalah sebanyak 677,751 kes berikutan pertambahan kes sembuh sebanyak 5,298 kes hari ini.