awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Eropah berikan 40,000 tiket kereta api percuma kepada belia
Setitis sumbangan, sejuta harapan: Rumah kebajikan di Rawang bakal dijual, kanak-kanak rayu bantuan
Peguam Nick Reiner tarik diri daripada kes bunuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

27 kru warga asing terselamat dalam insiden bot karam di Pulau Pisang

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
11/11/2021
01:35 MYT
27 kru warga asing terselamat dalam insiden bot karam di Pulau Pisang
Bot terbabit dilaporkan telah karam di lokasi yang tidak diketahui kedudukannya dan disyaki akibat cuaca buruk. - Foto ihsan Maritim Malaysia
BATU PAHAT: Dua buah bot 'barter trade' dilaporkan karam, manakala sebuah lagi bot hampir tenggelam akibat cuaca buruk di perairan Pulau Pisang, Batu Pahat, pada Rabu.
Bagaimanapun 27 kru warga Indonesia dari ketiga-tiga kapal dilaporkan selamat.
Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11 pagi daripada ejen bot trade terbabit berhubung kejadian.
Katanya ejen bot terbabit memaklumkan tiga bot 'barter trade' syarikatnya yang membawa muatan kelapa iaitu KLM Budiman, KLM Alam Makmur dan KLM Firman Jaya 3 telah mengalami kecemasan di laut.
Pada jam 12.27 tengah hari, pihaknya menerima maklumat daripada pihak ejen kapal yang berkata KLM Budiman telah dijumpai dan hampir tenggelam di kedudukan 8.1 batu nautika dari Tanjung Laboh oleh sebuah kapal kargo yang berada berhampiran.
Kesemua 10 kru bot warga Indonesia dilaporkan selamat.
Sekitar jam 12.57 tengah hari pula, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan tujuh kru KLM Alam Makmur oleh sebuah kapal pasir di kedudukan 7.4 batu nautika barat daya Pulau Pisang.
Dan pada jam 3.45 petang, pihaknya menerima maklumat mengenai 10 kru KLM Firman Jaya 3 telah diselamatkan oleh sebuah bot 'barter trade' berhampiran dan telah dibawa ke Tanjung Balai, Indonesia.
Kedua-dua bot terbabit dilaporkan telah karam di lokasi yang tidak diketahui kedudukannya dan disyaki akibat cuaca buruk.
Topic Berkaitan
#bot karam
#Pulau Pisang
#maritim
#selamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan