KUALA LUMPUR: Sebanyak 27 lokaliti di Terengganu, Pahang dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 21 Julai hingga 3 Ogos.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan keputusan mengenakan PKPD dibuat ekoran trend jangkitan COVID-19 yang meningkat di lokaliti terbabit.

Di Terengganu sebanyak 12 lokaliti dikenakan PKPD membabitkan mukim Bandi, Kemaman dan mukim Kuala Dungun di Dungun.

Sebanyak 10 lokaliti di Sabah dikenakan PKPD membabitkan empat di Kota Kinabalu, dua di Sipitang dan Penampang serta masing-masing satu di Papar dan Putatan.

Baki lima lokaliti yang dikenakan PKPD membabitkan mukim Ulu Dong dan Mukim Ulu Jelai di Pahang.

Berikut senarai kawasan yang dikenakan PKPD:

TERENGGANU
• Bandar Cheneh Baru, Mukim Bandi, Kemaman
• FELDA Neram 2, Mukim Bandi, Kemaman
• Kg Sungai Buaya, Mukim Kuala Dungun, Dungun
• Kg Tanah Lot, Mukim Kuala Dungun, Dungun
• Kg Lembah, Mukim Kuala Dungun, Dungun
• Kg Padang Jambu, Mukim Kuala Dungun, Dungun
• Kg Nibong, Mukim Kuala Dungun, Dungun
• Kg Bukit Chatak Tengah, Mukim Kuala Dungun, Dungun
• Kg Molek, Mukim Kuala Dungun, Dungun
• Kg Bijangga, Mukim Kuala Dungun, Dungun
• Kg Sungai Udang, Mukim Kuala Dungun, Dungun
• Kg Sungai Penaga, Mukim Kuala Dungun, Dungun

SABAH
• Kampung Marau, Sipitang
• Kampung Pituru Kinarut, Papar
• Kampung Meruntum, Putatan
• Jalan Kampung Likas Simpang 3, Kota Kinabalu
• Api-Api Centre Kota Kinabalu, Kota Kinabalu
• Taman Ujana Kingfisher, Likas, Kota Kinabalu
• Kampung Salut, Telipok, Kota Kinabalu
• Kampung Kebawang, Sipitang
• Beverly Hills Fasa 2, Penampang
• Cybercity Fasa 2, Penampang

PAHANG
• Kg Bedu, Mukim Ulu Dong, Raub
• Kg Temalian, Mukim Ulu Dong, Raub
• Kg Pamah Kulat, Mukim Ulu Dong, Raub

Sementara itu, Ismail Sabri turut memaklumkan PKPD di Penjara Sungai Udang, Melaka dilanjutkan bermula 21 Julai hingga 3 Ogos, namun pelanjutan ini tidak membabitkan kuarters penjara tersebut.

Timbalan Perdana Menteri juga memaklumkan PKPD di 12 lokaliti di Johor, Kelantan, Sarawak dan Sabah ditamatkan pada 20 Julai.

PKPD di tujuh lokaliti di Johor yang membabitkan Kawasan Perindustrian Senai, Kulai ditamatkan dua hari lebih awal daripada yang dijadualkan.

Manakala lima lokaliti di Sabah, Sarawak dan Pahang ditamatkan pada tarikh yang ditetapkan pada 20 Julai.

Berikut adalah lokaliti yang ditamatkan PKPD:

JOHOR
(Kawasan Perindustrian Senai, Kulai)
• Kawasan Industri Senai Fasa 1
• Kawasan Industri Senai Fasa 2
• Kawasan Industri Senai Fasa 3
• Kawasan Industri Senai Fasa 4
• Taman Perindustrian Senai
• Taman Perindustrian Murni Senai
• Senai Airport City (SAC)

SABAH
• Kampung Baru Batu 2 Jalan Apas, Tawau,
• Kampung Ejuk, Kota Belud
• Kampung Warisan, Kota Kinabalu

SARAWAK
• Kampung Mambong,Kuching

KELANTAN
• Kampung Bagus, Rantau Panjang