awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

27.5 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19

Bernama
Bernama
12/05/2022
02:09 MYT
27.5 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam adalah sebanyak 70,510,766. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 976,336 atau 27.5 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.
Menurut laman web COVIDNOW, sebanyak 1,580,723 kanak-kanak atau 44.5 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,900,460 atau 93.2 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,998,074 atau 96.3 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Dalam masa sama, sejumlah 16,053,311 atau 68.2 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,969,986 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos dan 23,245,293 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 29,791 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam melibatkan 12,393 dos pertama, 14,168 dos kedua dan 3,230 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,510,766.
Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak lapan kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan masing-masing dua kes dilaporkan di Johor, Kedah dan Pahang serta masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Perak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dos penggalak
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan