KUALA LUMPUR: Seramai 284 jemaah haji Malaysia yang merupakan kumpulan terakhir selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi pesawat MH8391 pada jam 1.15 petang Selasa.
Kumpulan jemaah haji yang berlepas pada Isnin, jam 10.50 malam (waktu Arab Saudi) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Putra Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah telah disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar.
Dalam masa sama, beliau memaklumkan operasi haji pada tahun ini telah mencapai tiga matlamat utama apabila berjaya membawa jemaah haji melaksanakan wukuf di Arafah, memastikan keselamatan jemaah semasa pergerakan melibatkan Arafah, Muzdalifah dan Mina serta memastikan keselesaan jemaah semasa berasa di Tanah Suci.
“Pengurusan haji yang sistematik ini jelas menunjukkan komitmen berterusan kerajaan Malaysia dan TH yang sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesihatan jemaah haji kita.
“Pelbagai kemudahan dan juga perkhidmatan telah disediakan kepada para jemaah haji Malaysia agar mereka dapat menyempurnakan urusan haji bagi mendapatkan haji yang mabrur.
“TH berusaha menambah baik perkhidmatan dan dua peringkat sesi pasca nilai haji yang akan dilaksanakan pada Ogos dan September ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Sementara itu, pihak TH akan memperbaiki perkhidmatan ke tahap yang lebih baik demi menyantuni para jemaah haji pada musim akan datang.
“Pengurusan Haji Malaysia terus diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi sebagai antara yang terbaik dan menjadi model pengurusan haji contoh bagi negara-negara Islam serta masyarakat antarabangsa dan sekali lagi menerima Anugerah Labbaitom daripada kerajaan Arab Saudi,” katanya.
Turut sama pengurusan Tabung Haji (TH) iaitu Pengerusi, Tan Sri Azman Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Syed Hamadah Syed Othman serta Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Tahun ini, seramai 31,600 jemaah Malaysia menunaikan haji membabitkan 98 penerbangan pergi bermula 21 Mei sehingga 21 Jun lalu.
Kumpulan pertama pulang pula tiba di tanah pada 4 Julai lalu jam 7.15 pagi waktu tempatan (12.15 tengah hari waktu Malaysia).
Astro Awani
Tue Aug 01 2023

Pengurusan Haji Malaysia terus diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi sebagai antara yang terbaik dan menjadi model pengurusan haji contoh bagi negara-negara Islam serta masyarakat antarabangsa dan sekali lagi menerima Anugerah Labbaitom. - Sinar Harian

40 tempat teduhan penunggang motosikal di lebuh raya berjaya dibina - Nanta
Sebanyak 40 tempat berteduh penunggang motosikal di sepanjang lebuh raya berjaya dibina dan disiapkan dalam tempoh lima bulan seperti disasarkan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [8 Disember 2023]
Antara fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry & Nursyazwani Saiful Sham
Zayn Rayyan dipercayai dibunuh di lokasi lain
KKD akan jumpa Meta isu penipuan di aplikasi WhatsApp - Fahmi
Kontroversi 'Melayu malas': Mak Cik Kemboja, anak mengaku tidak bersalah
#AWANInews #AWANIpagi
Zayn Rayyan dipercayai dibunuh di lokasi lain
KKD akan jumpa Meta isu penipuan di aplikasi WhatsApp - Fahmi
Kontroversi 'Melayu malas': Mak Cik Kemboja, anak mengaku tidak bersalah
#AWANInews #AWANIpagi

Malaysia raih tiga anugerah di Gourmand World Cookbook Awards 2023
Industri masakan Malaysia mencapai prestasi cemerlang apabila berjaya membawa pulang tiga anugerah daripada 11 pencalonan di anugerah buku, Gourmand World Cookbook Awards 2023.

'Look at my face...'
Kegusaran jelas terpancar pada wajah Pengerusi PBSM, Datuk Hans Isaac mengenangkan keadaan padang SNBJ yang diibarat seperti 'sehelai jeans lusuh.'

'Kami perlu berhati-hati beri sebarang kenyataan' - KLN
Kementerian Luar Negeri perlu berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan kerana melibatkan hubungan antara negara.

Anak bekas ketua tentera Israel terbunuh dalam serangan zionis di Gaza
Gal Meir Eisenkot dilaporkan terbunuh dalam letupan di sebuah terowong berdekatan dengan kem pelarian Jabalia di utara Gaza.
Setahun Kerajaan Madani: Platform rakyat saksikan inisiatif, pencapaian kerajaan
Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang akan membuka tirai di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini akan menjadi platform terbaik bagi rakyat Malaysia untuk melihat sendiri kad laporan kerajaan bagi tempoh setahun.
Mangsa terjejas di Kelantan semakin menurun
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 6 pagi Jumaat mencatatkan penurunan kepada 1,495 orang berbanding lebih 2,000 sebelumnya.
Negara Arab, Islam tuntut gencatan senjata
Negara-negara Arab dan Islam menyeru untuk mengundi draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNSC) yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan di Gaza, pada Jumaat.

Raja Muda: Rakyat 'duta' Tahun Melawat Perlis 2024-205
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, layanan baik harus diberikan kepada pelancong yang akan melawat Perlis.

TH serah lesen 25 syarikat pengelola jemaah haji 2024
Lembaga TH menyerahkan Lesen PJH kepada 25 syarikat pelancongan tempatan dan anak syarikatnya THTS bagi musim haji 1445H/2024.

Elak layari laman web palsu THiJARI - TH
Laman web www.thijari.ticketmysearch.com adalah palsu dan bukan di bawah kendalian Tabung Haji (TH).

Peningkatan kos haji kerana faktor luar, TH komited tambah baik bantuan
Tabung Haji telah berusaha untuk mengawal peningkatan kos tersebut dengan memeterai beberapa perjanjian kontrak jangka panjang

Konflik di Gaza tidak jejas persiapan TH
Konflik Palestin-Israel di Gaza tidak akan menjejaskan persiapan Lembaga Tabung Haji (TH) untuk terus menghantar jemaah haji bagi menunaikan Rukun Islam kelima itu musim depan.

TH teruskan bantuan kewangan haji tahun depan
Lembaga Tabung Haji akan meneruskan inisiatif bantuan kewangan haji secara bersasar kepada golongan yang memerlukan.

TH saran pendeposit, orang ramai waspada tawaran pelaburan meragukan
Para pendeposit Tabung Haji dan orang ramai disaran berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan tawaran yang menjanjikan pulangan lumayan menerusi skim pelaburan meragukan.

Tindakan 400 jemaah B40 tolak subsidi haji bantu lestarikan kewangan Tabung Haji - Mohd Na'im
Tindakan 400 jemaah haji kategori B40 yang menolak pemberian subsidi tahun ini meskipun layak menerimanya dilihat mampu membantu melestarikan kewangan Tabung Haji.

TH Khairat usaha proaktif untuk ringankan beban pendeposit - Mohd Na'im
Ia juga menggalakkan umat Islam untuk menabung dan membuat persediaan awal dari segi kewangan.

Episod fitnah aset TH dijual kepada bukan Islam berakhir - Mujahid
Ahmad Dusuki menarik balik rayuan di Mahkamah Rayuan pada Isnin lepas, serta diperintahkan membayar kos RM5,000.

Warga emas tolak bantuan kewangan tunai haji, beri kepada jemaah yang lebih memerlukan
Khatijah anggap tindakan itu sebagai sumbangan atau sedekahnya supaya lebih ramai individu mendapat manfaat daripada bantuan berkenaan.