awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

29 suspek gengster, jenayah terancang ditahan di bawah SOSMA

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
05/11/2020
07:29 MYT
29 suspek gengster, jenayah terancang ditahan di bawah SOSMA
Fadzil Ahmat berkata, kesemua suspek itu kini ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Seramai 29 orang dipercayai terbabit dalam aktiviti gengsterism dan jenayah terancang di Selangor ditahan dalam operasi besar-besaran, baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata, semua mereka ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Beliau berkata, operasi berkenaan dilancarkan pihaknya dengan bantuan Bukit Aman susulan kes tembak di hadapan Sekolah Menengah Telok Datok, Banting, 25 September lalu.
"Kita menahan 19 orang dalam operasi pertama di beberapa lokasi. Susulan itu, 10 orang lagi ditahan menjadikan tangkapan keseluruhan seramai 29 orang.
"Semua suspek yang berusia antara 25 tahun hingga awal 50-an itu bekerja dalam pelbagai sektor termasuk kawalan keselamatan di projek pembangunan perumahan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau memberitahu, pihaknya telah menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara pada 27 Oktober lalu untuk menilai dan mengkaji bagi melaksanakan pertuduhan di bawah jenayah terancang ke atas kesemua suspek itu.
Dalam kejadian pada 25 September lalu, sekurang-kurangnya tiga pelajar cedera selepas dirempuh kereta dinaiki dua lelaki yang cedera akibat terkena tembakan dalam kejadian di hadapan sekolah itu pada tengah hari.
Fadzil dilaporkan berkata, dua lelaki terbabit dipercayai ditembak dua individu yang menaiki sebuah motosikal.
Katanya, mangsa yang cedera terkena tembakan itu adalah seorang pengawal peribadi dan majikannya.
Topic Berkaitan
#gangster
#jenayah terancang
#SOSMA
#IPK Selangor
#Bukit Aman
#Kes Tembak
#Fadzil Ahmat
#tembak
#Sekolah Menengah Telok Datok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan