awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2TM: Rakyat dipelawa hadir, bantu teroka jalan tambah baik perkhidmatan awam - PACU

Bernama
Bernama
21/11/2024
03:15 MYT
2TM: Rakyat dipelawa hadir, bantu teroka jalan tambah baik perkhidmatan awam - PACU
Pelbagai aktiviti dan tawaran menarik menanti orang ramai antaranya reruai usahawan serta Jualan Rahmah MADANI. - Foto Facebook/Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi
KUALA LUMPUR: Orang ramai dipelawa hadir ke Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, bermula esok bagi sama-sama meneroka jalan untuk menambah baik perkhidmatan awam negara.
Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Pejabat Perdana Menteri, selaku sekretariat induk 2TM, menerusi hantaran di Facebook hari ini, turut mengajak orang ramai untuk meraikan kebersamaan pada program berkenaan yang akan berlangsung sehingga Ahad ini.
"Selama tiga hari ini bawa keluarga, sanak-saudara dan rakan taulan bermula jam 9 pagi hingga 6 petang, kita jumpa di sana, MADANI di hati, rakyat disantuni," menurut hantaran itu.
"Selama tiga hari ini, bawa keluarga, sanak saudara, dan rakan taulan bermula 9 pagi hingga 6 petang. Kita jumpa di sana, MADANI di Hati, Rakyat Disantuni," menurut hantaran itu.
Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 menawarkan pelbagai perkhidmatan daripada kementerian, agensi, dan jabatan kerajaan kepada rakyat.
Selain itu, pelbagai aktiviti dan tawaran menarik menanti orang ramai antaranya reruai usahawan serta Jualan Rahmah MADANI.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan program tersebut pada 11 pagi, Sabtu ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#2TM
#perkhidmatan awam
#PACU
#Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan