Hampir 3,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 18 majikan yang melindungi mereka ditahan dalam Operasi Bersepadu (6P) Fasa 2.
Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat Jabatan Imigresen, K.M. Saravana berkata penahanan dilakukan menerusi 334 operasi di seluruh negara sejak 21 Jan sehingga Ahad lepas.
"Daripada seramai 2,959 pendatang asing tanpa izin yang ditahan itu, 2,390 daripadanya adalah lelaki, 443 wanita dan selebihnya kanak-kanak," katanya ketika dihubungi Bernama.
Saravana berkata Pati dan majikan tersebut ditahan mengikut Akta Imigresen dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.
"Kami menjalankan pemeriksaan ke atas 14,008 warga asing dan daripada jumlah itu, 2,959 pendatang tanpa izin ditangkap. Mereka terdiri daripada warganegara Indonesia (1,154 orang), Myanmar (411), Bangladesh (404), Filipina (208), Nepal (204), India (177), Pakistan (116), Kemboja (114) dan bakinya lain-lain warganegara," katanya.
Operasi melibatkan 4,503 anggota Jabatan Imigresen, Pasukan Sukarelawan Malaysia, polis, Jabatan Pendaftaran Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta pihak berkuasa tempatan.
Operasi 6P Fasa 2 dimulakan pada 21 Jan lepas bagi membersihkan Pati selepas tempoh yang diberikan kepada mereka dan majikan mereka untuk mendaftar di bawah Program Khas Pengurusan Pendatang Tanpa Izin (PKPP) berakhir.
Bernama
Tue Feb 04 2014
Gambar fail pada 21 Jan antara pendatang tanpa izin warganegara Bangladesh yang ditahan dalam satu operasi bersepadu 6P Jabatan Imigresen di Taman Mutiara Rini Skudai. --fotoBERNAMA
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
3,000 PATI ditahan dalam operasi bersepadu
Penahanan dilakukan menerusi 334 operasi di seluruh negara sejak 21 Jan sehingga Ahad lepas.
Operasi bersepadu 6P: 2, 433 pati berjaya ditahan
Pati dari Indonesia dan Myanmar paling ramai ditangkap iaitu seramai 717 dan 555 orang masing-masing.