awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Alhamdulillah, Allahuakbar – Ucap Jojo selepas raih kemenangan kelapan
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 beradik lemas: Lokasi kejadian bukan tapak pesta, patuhi PKPB - Polis

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
28/05/2020
03:59 MYT
3 beradik lemas: Lokasi kejadian bukan tapak pesta, patuhi PKPB - Polis
Mayat Umar Iskandar Mohd, 21, ditemui pasukan mencari dan menyelamat jam 9.50 pagi tadi. Gambar Astro AWANI
Polis Terengganu mengingatkan masyarakat di negeri ini tidak datang dan berkumpul di lokasi pencarian tiga beradik yang dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu di Kampung Telemong di sini.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, tindakan itu boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dikuatkuasakan.
"Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang dikesan melanggar PKPB termasuk yang datang ke kawasan lokasi kejadian tanpa sebab yang munasabah.
"Jika ada yang masih berdegil, mereka akan dikompaun RM1,000 atau berhadapan hukuman penjara," katanya di sini, pada Khamis.
BACA: 3 beradik lemas: Mayat seorang mangsa ditemui
BACA: Tiga beradik dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu
Beliau berkata demikian sebagai peringatan kerana bimbang ramai orang membanjiri kawasan itu apabila kejadian berkenaan menjadi viral.
Malah, Astro AWANI mendapati lokasi itu sudah pun menjadi tumpuan apabila lebih 100 penduduk sekitar kampung berkenaan datang ke kawasan berkenaan untuk melihat operasi SAR.
Pada Rabu, tiga beradik itu dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Terengganu, yang terletak kira-kira 300 meter dari kediaman mereka, sekitar jam 6 petang.
Mereka dkenal pasti sebagai Umar Iskandar Mohd, 21; Khairil Firdaus, 17, dan Khalif Naim, 16.
Topic Berkaitan
#Hulu Terengganu
#kampung telemong
#Kuala Terengganu
#lemas
#syawal
#terengganu
#tiga beradik lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan