awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 beranak maut kemalangan selepas ziarah Nik Aziz

Astro Awani
Astro Awani
14/02/2015
01:28 MYT
3 beranak maut kemalangan selepas ziarah Nik Aziz
Mangsa terdiri daripada bapa, ibu dan bayi perempuan mereka berusia empat bulan maut dalam kemalangan di Jalan Telong-Tok Bali.
Tiga sekeluarga maut dalam satu kemalangan ketika pulang selepas menziarahi jenazah bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat petang semalam.
Mangsa yang terdiri daripada bapa, ibu dan bayi perempuan mereka berusia empat bulan maut dalam kemalangan di jalan Telong-Tok Bali kira-kira jam 2.30 petang semalam, lapor Sinar Harian.
Empat lagi mangsa di dalam kenderaan sama sedang dirawat di HUSM.
Menurut Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad, keluarga dari Bukit Payong itu menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Alza dari arah Melawi ke Tok Bali.
“Kereta yang dinaiki mangsa bersama empat lagi ahli keluarga lain dipercayai terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah pacuan empat roda Hilux dari arah Tok Bali,” kata Abdul Hamid.
Pemandu, Roslan Mamat, 34, dan bayinya meninggal dunia di lokasi kejadian manakala isteri Roslan, Mimey Suhartini meninggal dunia di hospital.
Topic Berkaitan
#Alza
#Bukit Payong
#kemalangan
#melawi
#Nik Aziz
#Tok Bali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan