awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 cedera van imigresen terbabas

Petrus Bernard
Petrus Bernard
02/01/2023
22:45 MYT
3 cedera van imigresen terbabas
Keadaan van milik Jabatan Imigresen Malaysia yang terbabas di Jalan Kunak-Lahad Datu. - Astro AWANI
KUNAK: Tiga cedera selepas van milik Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di hadapan Ladang Tong Len, Jalan Kunak-Lahad Datu, di sini, pada Isnin.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu jam 11.42 pagi.
Katanya, sepasukan bomba bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak digerakkan ke lokasi kejadian.
"Pasukan bomba menjalankan operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa yang mengalami kecederaan.
"Terdapat tiga mangsa yang berada di dalam van berkenaan dan dua daripadanya mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans dan EMRS," katanya dalam kenyataan media, semalam.
Menurutnya, operasi ditamatkan pada jam 12.58 tengah hari.
Topic Berkaitan
#cedera
#van terbabas
#Jabatan Imigresen Malaysia
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan