Tiga individu termasuk seorang ketua unit pemasaran dan pembiayaan sebuah bank ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti rasuah melibatkan nilai lebih RM150,000.
Difahamkan, pekerja bank cawangan Putrajaya yang berusia 30 tahun menerima rasuah daripada dua individu yang juga pasangan suami isteri sebagai balasan membuat perakuan pengesahan majikan palsu bagi meluluskan satu pembiayaan peribadi, tahun lalu.
Sumber berkata, suspek wanita berusia 37 tahun yang juga pembantu operasi Pasukan Polis Marin dan suaminya yang berusia 36 tahun bertemu pekerja bank itu untuk mendapatkan pembiayaan peribadi jenis i-Lestari CO-OP dengan nilai yang besar.
Bagaimanapun, sumber berkata, permohonan itu tidak lengkap dan berpakat untuk membuat satu pengesahan palsu untuk menyenangkan permohonan itu diluluskan.
"Siasatan awal mendapati, suami isteri itu memberi rasuah kepada pekerja bank itu sebagai balasan membuat perakuan pengesahan majikan untuk membolehkan permohonan pembiayaan diluluskan.
"Hasil daripada maklumat itu, satu operasi dijalankan SPRM dan menahan ketiga-tiga suspek sekitar jam 11 pagi tadi untuk siasatan lanjut," katanya.
Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani mengesahkan penahanan itu dan berkata mereka sedang melakukan siasatan lanjut.
Ketiga-tiga suspek tersebut dijangka akan direman di mahkamah Putrajaya esok bagi membantu siasatan.
Hakim Rahman
Tue Apr 03 2018
Tiga ditahan SPRM disyaki terlibat rasuah lebih RM150,000. -Gambar fail
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
FSA 2 KWSP: Lebih 74,392 permohonan diterima, hanya 34,643 layak
Fasiliti ini disediakan bagi membolehkan ahli KWSP membuat permohonan awal di bawah Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau Umur 55 Tahun.
Bank Islam tawar pembiayaan peribadi untuk bakal haji
Bank Islam turut melancarkan kempen, 'Once in a Lifetime', khusus kepada bakal haji atau waris terdekat yang ingin membantu ibu bapa menunaikan haji dengan memohon pembiayaan peribadi.
RM150 juta pembiayaan BSN MyRinggit-i Banjir dilulus - Tengku Zafrul
Peruntukan bantuan pembiayaan mikro Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada mereka yang terkesan banjir baru-baru ini dinaikkan kepada RM150 juta berbanding RM100 juta sebelum ini.
Bank Islam tawar moratorium enam bulan kepada mangsa banjir
Ia melibatkan kemudahan Pembiayaan Rumah, Pembiayaan Peribadi dan Pembiayaan Kenderaan Bank Islam.
3 ditahan disyaki terlibat rasuah lebih RM150,000
Sumber berkata, permohonan itu tidak lengkap dan berpakat untuk membuat satu pengesahan palsu untuk menyenangkan permohonan itu diluluskan.