MALAYSIA mencatatkan tiga kes baharu melibatkan warganegara Malaysia pada Isnin.

Berikut merupakan lima perkara yang anda perlu tahu pada sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada Isnin di Putrajaya.
1. Hanya tiga kes baharu dicatatkan melibatkan warganegara Malaysia, satu kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan melibatkan warganegara Malaysia.

2. Sejumlah 16 kes pulih sepenuhnya dan telah dibenarkan discaj daripada hospital.

3. Terdapat empat kes positif yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) termasuk satu kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

4. Jumlah kes aktif kebolehjangkitan adalah sebanyak 182 kes.

5. Tiada kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kes kematian kekal 121 kes.