KUALA LUMPUR: Dianggarkan 30,000 majikan tempatan kini berdepan kesukaran mendapatkan perkhidmatan pembantu rumah warga asing sejak tahun lepas, susulan penutupan pintu sempadan negara akibat pandemik COVID-19.
Presiden Persatuan Agensi Pekerjaan Malaysia (PAPA) Datuk Foo Yong Hooi berkata, keadaan itu akan bertambah sukar sekiranya rundingan pengambilan pembantu rumah warga Indonesia ke Malaysia melalui memorandum persefahaman (MoU) yang dijadualkan esok ditangguhkan.
"Sekitar 600 agensi pembantu rumah di bawah lesen kategori B dan C ingin mengambil pembantu rumah asing untuk bekerja di Malaysia di mana sekurang-kurangnya terdapat 50 permintaan dalam senarai menunggu bagi setiap satu agensi.
"Ini permintaan yang banyak kerana di saat negara sedang dalam proses Pelan Pemulihan Negara, orang sudah mula kembali bekerja jadi bagaimana mereka ingin menjaga orang tua dan anak-anak yang sebelum ini dijaga sendiri," katanya kepada Bernama.
Malah katanya terdapat keluarga yang berdepan kesukaran untuk memantau anak yang menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selepas sekolah mereka ditutup akibat berlaku penularan COVID-19.
Foo berkata sekiranya isu pengambilan pembantu rumah tidak dapat diselesaikan segera, ia akan menjejaskan produktiviti pekerja dan seterusnya memberi kesan kepada usaha pemulihan ekonomi negara ketika ini.
Justeru beliau berharap kerajaan tidak menangguhkan dan segera memuktamadkan MoU bersama Indonesia serta membuka kemasukan bagi negara sumber lain seperti Filipina untuk memenuhi kehendak majikan yang terdesak ketika ini.
Semalam akhbar tempatan memetik kenyataan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan yang berkata terdapat beberapa isu berbangkit yang menyebabkan kelewatan pemeterian MoU pengambilan pembantu rumah dari Indonesia.
"Kita (Malaysia) sudah selesaikan isu membawa masuk tenaga asing dari Bangladesh, namun untuk isu pembantu rumah Indonesia, terdapat sedikit kekangan di Jakarta. MoU yang sepatutnya berlangsung 8 Feb ini berkemungkinan juga terlewat disebabkan isu berbangkit," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Majikan Amah Malaysia (MAMA) Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein berharap penangguhan itu tidak berpanjangan bagi mengelakkan majikan tempatan menggaji pekerja asing sebagai pembantu rumah secara haram.
Keadaan itu katanya, akan meningkatkan risiko keselamatan rakyat terutama warga emas dan kanak-kanak yang dijaga oleh pekerja tidak bertauliah, apatah lagi setelah negara berdepan pelbagai masalah akibat penularan COVID-19.
Bagi mengalakkan pekerja tempatan bekerja di sektor itu, Engku Ahmad Fauzi mencadangkan kerajaan membenarkan penggajian pembantu rumah secara harian yang lebih praktikal dan memberi privasi kepada pekerja tersebut.
"Kalau dibenarkan boleh balik hari, majikan hanya perlu membayar mengikut hari bekerja sahaja. Sekarang ada yang menjalankan cara begini tetapi tidak secara rasmi jadi pihak berwajib perlu mencari idea bagaimana boleh menarik minat rakyat tempatan bekerja di sektor ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 07 2022
Keadaan itu bertambah sukar jika rundingan pengambilan pembantu rumah warga Indonesia ke Malaysia yang dijadualkan esok ditangguhkan. - Gambar hiasan
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Jenayah dalam talian: Kesedaran orang ramai perlu ditingkatkan - Teo Nie Ching
Rakyat juga perlu diingatkan bahawa mereka turut memainkan peranan dalam melindungi diri daripada jenayah dalam talian.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Lebih 41,000 pendatang asing tanpa izin ditahan setakat 13 November lepas - KDN
Seramai 41,073 pendatang asing tanpa izin telah ditangkap menerusi 17,745 operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara, setakat 13 Nov lepas.
Dera pembantu rumah, dua beranak ditahan
Mangsa mendakwa telah dicederakan oleh dua wanita tersebut menggunakan tukul, pengepit besi serta seterika panas.
Beri anak majikan makan steroid agar kanak-kanak itu kekal gemuk
Dia bertindak sedemikian hanya sekiranya kanak-kanak itu tidak mahu makan makanan yang disajikannya.
Dr Say, polis serbu bilik pembantu rumah, kantoi dua lelaki menyorok dalam selimut
"Saya layan seperti manusia, tapi layanan binatang mereka beri..."
Lelaki, dua pembantu rumah ditahan disyaki edar dadah
Polis menahan seorang lelaki dan dua wanita pembantu rumah warga asing serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM16,308 dalam serbuan di sebuah rumah di Simpang Ampat, Sabtu lepas.
Amah bukan 'punching bag' untuk lepaskan geram - Hakim
Seorang akauntan wanita dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan didenda RM12,000 atas pertuduhan mengekplotasi dan mencederakan pembantu rumah warga Indonesia sekitar Februari hingga Mei 2021.
Empat ahli keluarga Hinduja dijatuhi hukuman penjara kerana eksploitasi pembantu rumah
Keluarga Hinduja membayar gaji rendah dan menyekat kebebasan pekerja yang diambil terus dari India untuk bekerja di rumah mewah mereka di Lake Geneva.
73 mangsa diselamatkan, 113 ahli sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Tujuh puluh tiga individu termasuk tiga orang kurang upaya (OKU) diselamatkan daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia yang dieksploitasi menjadi buruh paksa.
Polis selamatkan 17 wanita Indonesia disyaki mangsa pemerdagangan manusia
Polis berjaya menyelamatkan 17 wanita warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia dalam serbuan di sebuah asrama syarikat perkhidmatan pembantu rumah di Shah Alam.
'Pembantu rumah dilayan seperti binatang, gaji tak dibayar'
Mangsa bertugas mencuci tandas sahaja dan selesai melakukan tugasan, mangsa akan dikurung semula di balkoni rumah.