KUALA LUMPUR: Polis berjaya menyelamatkan 17 wanita warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia dalam serbuan di sebuah asrama syarikat perkhidmatan pembantu rumah di Shah Alam, Selangor semalam.
Ketua Penolong Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman SAC Soffian Santong berkata semua mangsa yang berusia lingkungan 25 hingga 45 tahun diselamatkan dalam Operasi Pintas (Op Pintas) pada 9.30 malam.
Beliau berkata serbuan dijalankan selepas mendapat maklumat mengenai kewujudan eksploitasi buruh paksa terhadap mangsa yang diberikan pekerjaan sebagai pembantu rumah.
"Siasatan awal mendapati kesemua mangsa bekerja antara enam bulan hingga dua tahun dengan majikan tersebut dan ada mangsa mengadu tidak pernah menerima sebarang bayaran gaji," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Soffian berkata pihaknya menahan tiga lelaki berusia lingkungan 31 hingga 40 tahun yang berperanan sebagai majikan dan penyelia untuk mengambil serta menghantar mangsa ke tempat kerja masing-masing dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 15 2024
Polis berjaya menyelamatkan 17 wanita warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia dalam serbuan di sebuah asrama syarikat perkhidmatan pembantu rumah di Shah Alam, Selangor semalam. - Gambar hiasan/BERNAMA
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.

Qatar, AS tekankan kepentingan kesatuan Syria
Qatar dan Amerika Syarikat menekankan kepentingan kesatuan Syria dan peralihan kuasa secara aman negara itu melalui proses politik inklusif yang berasaskan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Blinken bahas isu Syria dalam lawatan mengejut ke Iraq
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, melakukan lawatan mengejut ke Iraq pada Jumaat dan bertemu Perdana Menteri Mohammed Shia al-Sudani untuk membincangkan peralihan politik Syria.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Austria tawar 1,000 Euro kepada pelarian Syria
Kerajaan Austria menawarkan 1,000 euro kepada pelarian Syria untuk kembali ke negara mereka selepas kejatuhan kerajaan rejim Bashar al-Assad.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
35,000 rakyat Syria dilapor hilang selama 13 tahun konflik
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mendedahkan bahawa lebih 35,000 individu telah didaftarkan sebagai hilang sejak bermulanya konflik di Syria 13 tahun lalu.
Menerusi hantaran di X Ketua Delegasi ICRC di Syria, Stephan Sakalian, menggesa semua pihak di negara itu untuk memastikan rekod penting seperti log penangkapan, senarai tahanan, rekod kematian, serta dokumen mahkamah dan hospital tidak dimusnahkan.

Wanita Indonesia yang terlepas hukuman mati di Arab Saudi, pulang ke tanah air
Selepas bertahun-tahun usaha diplomatik yang diketuai kementerian dan Konsulat Jeneral Indonesia di Jeddah, hukuman wanita itu dikurangkan.
Mayat bayi bawah lantai simen: Polis kesan penyewa wanita Indonesia
Rumah itu disewakan sejak tiga tahun lepas kepada seorang wanita warga Indonesia namun dia telah melarikan diri sejak sebulan lalu.
Peniaga mengaku tidak bersalah perdagang dua wanita untuk seks
Seorang peniaga hari ini mengaku tidak memperdagangkan dua wanita warga Indonesia bagi tujuan eksploitasi seks di Bahau, Jempol.
Lelaki warga Pakistan didakwa bunuh kenalan wanita Indonesia
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Wanita warga Indonesia dipenjara 12 bulan, guna kad pengenalan orang lain dapatkan vaksin
Tertuduh mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di sini pada 13 Jun dan 4 Julai lepas.
Mayat wanita ditemui bersama bayi baru lahir dalam pondok
Wanita itu yang dikenali sebagai Yanti Abas, 35, dipercayai meninggal dunia akibat komplikasi ketika melahirkan bayi berkenaan di pondok tersebut.
34 pelacur ditahan di sekitar Petaling Jaya
Seramai 34 wanita warga asing yang menawarkan khidmat seks ditahan pihak berkuasa dalam serbuan Op Noda di Petaling Jaya malam tadi.
Sorok mayat kekasih dalam almari
Bau busuk dari dalam sebuah almari di sebuah rumah di Paya Terubong, George Town membawa kepada penemuan mayat seorang wanita, malam tadi.