Kira-kira 30 peratus bekas tentera dikenal pasti masih belum mendaftar sebagai pengundi, kata Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Datuk Muhammad Abdul Ghani.
Beliau berkata ketika ini terdapat 350,000 bekas tentera sama ada yang berpencen atau tidak di seluruh negara dan seharusnya mereka yang belum mendaftar sebagai pengundi segera berbuat demikian.
"Ini kerana apabila seseorang anggota tentera itu berhenti, mereka tidak boleh lagi mengundi dalam kem," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata Kementerian Pertahanan sewajarnya memainkan peranan mengingatkan bekas tentera agar mendaftar sebagai pemilih sebaik bertukar status kepada orang awam.
Katanya kerajaan menghargai perjuangan bekas tentera dengan pemberian pelbagai imbuhan dan insentif, justeru bekas tentera perlu menjaga imej negara demi kesinambungan perjuangan mereka.
"Tentera ini tunggu arahan. Jadi saya saran wakil rakyat supaya ajak bekas tentera minum, bersembang mengenai politik kerana bekas tentera ini masih tanamkan budaya disiplin yang kuat.
"Orang politik kena damping mereka supaya bersama-sama memberi sokongan agar perjuangan bekas tentera dihargai dan tidak disisihkan.
"Ramai bekas tentera masuk politik, jadi ahli politik, jadi ahli parlimen termasuk anak bekas tentera pun ada. Kita dapat lihat contoh yang ada ketika ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim," katanya.
Bernama
Thu Nov 15 2012

AWANI Ringkas: Lelaki kulit hitam maut, Biden gesa semua tenang | Pelabur tunggu keputusan korporat, inflasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bekas kerani bank mengaku palsu dokumen, tipu pelanggan
Tertuduh mengaku salah membabitkan 55 pertuduhan menipu dan memalsukan dokumen di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Kereta, rumah dihempap pokok tumbang
Seorang wanita serta lima anaknya diselamatkan ketika pokok tumbang menghempap sebuah rumah di Jalan Perkasa Taman Maluri.

MBI tidak batalkan operasi bazar Ramadan - Datuk Bandar
Setakat ini tiada sebarang perubahan dibuat memandangkan kes COVID-19 masih lagi terkawal walaupun daerah Kinta berada dalam zon merah.

Malaysia, New Zealand komited dalam kerjasama pertahanan - Ismail Sabri
Malaysia dan New Zealand mengesahkan komitmen bersama dalam hubungan pertahanan di bawah FPDA dan ADMM serta ADMM-Plus.

Sistem e-wages pastikan pekerja terima gaji tepat pada masanya - MEF
Sistem e-wages yang dijangka dilancarkan kerajaan tidak lama lagi akan memastikan para pekerja termasuk pekerja asing dibayar upah tepat pada masanya.

Negara berdepan kepupusan Harimau Belang Malaya jika tidak dipelihara
Tindakan pembiakan, pemuliharaan dan pembelajaran mengenai Harimau Belang Malaya diperlukan bagi mengelakkan kepupusan populasi berkenaan di negara ini.

Denda tinggi ke atas pemburu haram pastikan harimau Malaya tidak pupus
Enam pelan kodusif bersama agensi berkaitan diharapkan dapat menangani krisis kepupusan Harimau Malaya.

'Flying Sikh' kembali beraksi, janji kembalikan kegemilangan rali
Legenda sukan permotoran negara, Karamjit Singh berjanji untuk mengembalikan semula kegemilangan rali Malaysia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Asing Diri Dalam Gua | Kaji kehidupan dalam kegelapan
Ketika dunia sedang menjalani perintah berkurung, kuarantin dan pengasingan kendiri, sekumpulan saintis dan penjelajah dari Perancis dengan suka rela mengasingkan diri di sebuah gua di Pirenis. Matlamatnya adalah untuk lebih memahami kesan pengasingan diri dan kekurangan cahaya pada waktu siang.
30% bekas tentera belum daftar sebagai pengundi
Kira-kira 30% bekas tentera dikenal pasti masih belum mendaftar sebagai pengundi.