DREBAR
30 jalan bahaya di Pahang dikenalpasti. 20 lagi di Negeri Sembilan


"Tujuh lokasi berkenaan ialah Kilometer (KM)203-204, KM208-209, KM211.9 di kawasan Kuantan, KM182-183, KM159-162 di kawasan Maran, dan KM905-105 serta KM117-118 di kawasan Temerloh," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas kempen bersepadu Keselamatan Jalan Raya dan OP Selamat 7/2015 sempena perayaan Aidilfitri di Plaza Tol Gambang, di Kuantan semalam.
OP Selamat bagi tahun ini telah bermula pada 10 Julai lalu, dan sehingga kini sebanyak 179 kemalangan telah berlaku berbanding 180 kemalangan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Sharifuddin turut berkata bahawa sebanyak 1,052 saman telah dikeluarkan berbanding 2,843 saman dalam tempoh sama tahun lepas.
Polis Negeri Sembilan pula telah mengenalpasti 20 jalan yang berisiko kemalangan maut setiap kali musim perayaan. Daerah Jempol merupakan yang paling banyak ‘hotspot’ dengan empat kawasan, mengikut Datuk Jaafar Mohd Yusof, Ketua Polis Negeri Sembilan.
"Tumpuan yang lebih akan diberikan kepada lokasi kerap berlaku kemalangan ini dan kita juga telah memulakan Ops Statik sebagai satu usaha dan langkah pencegahan," katanya selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya sempena sambutan Aidilfitri di Plaza Tol Senawang semalam.
(Sumber: Bernama)
(Imej utama: By Tabdulla at en.wikipedia [CC-BY-SA-3.0)
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami