awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

30 pengecas EV dipasang di Bandaraya Ipoh, tumpu kawasan pelancongan

Aida Aziz
Aida Aziz
30/11/2022
08:56 MYT
30 pengecas EV dipasang di Bandaraya Ipoh, tumpu kawasan pelancongan
Rumaizi berkata, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat swasta bagi memastikan keperluan itu dipenuhi. - Gambar/ Bernama
IPOH: Sekurang-kurangnya 30 pengecas kenderaan elektrik (EV) akan dipasang di lokasi strategik sekitar Bandaraya Ipoh tahun depan, kata Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.
Ujarnya kemudahan itu penting dalam menjadikan bandar raya berkenaan sebagai bandar pelancongan, di samping memudahkan pengguna kenderaan tersebut.
Justeru katanya, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat swasta bagi memastikan keperluan itu dipenuhi.
"Untuk menggalakkan pembinaan EV di sini, kita sudah melantik syarikat usahasama dan sekurang-kurangnya 30 pengecas EV akan diwujudkan tahun depan.
"Kalau kita (Ipoh) mahu jadi bandar pelancongan, kita kena ada pengecas EV. Saya ambil contoh sekarang banyak kereta dari Singapura masuk ke Ipoh.
"Bila saya semak dan komen yang diterima, kenderaan dari sana sudah banyak yang menggunakan EV.
"Jadi kita akan buat (pengecas) dengan teknologi baharu, ia tidak ambil masa lama untuk cas dan akan diwujudkan tahun depan," katanya.
Rumaizi berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Penuh Majlis Bulan November di Dewan Mesyuarat MBI, di sini pada Rabu.
Sebelum ini beliau katanya, MBI sudah merangka penyediaan pengecas EV dalam Blueprint Pelan Bandar Rendah Karbon 2030 bagi menggalakkan penggunaan EV untuk mengurangkan pelepasan gas karbon.
Tahun lalu MBI dengan kerjasama pihak Greentech Malaysia (MGTC) telah melaksanakan pemasangan dua unit pengecas EV di Ibu Pejabat Majlis dan Pejabat Lama di Ipoh Padang.
Selain itu, terdapat penambahan dua unit lagi tahun ini iaitu di Taman D.R Seenivasagam dan Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz.
Katanya, terdapat juga penglibatan swasta bagi pemasangan pengecas EV di Bandaraya Ipoh iaitu di Sunway City Ipoh, Hotel Weil dan tempat letak kereta Pusat Transformasi Bandar (UTC).
Topic Berkaitan
#Ipoh
#pengecas EV
#kereta elektrik
#MBI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan