awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

30 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19

Bernama
Bernama
17/05/2022
02:03 MYT
30 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 9,228 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam melibatkan 2,700 dos pertama, 4,779 dos kedua dan 1,749 dos penggalak. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,063,569 atau 30 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.
Menurut laman web COVIDNOW, seramai 1,646,257 kanak-kanak atau 46.4 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, 2,905,317 (93.4 peratus) telah lengkap menerima vaksinasi manakala 3,002,852 (96.5 peratus) daripada kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Dalam tempoh sama, sejumlah 16,066,394 atau 68.3 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,971,246 (97.6 peratus) telah lengkap dua dos dan 23,247,211 (98.8 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 9,228 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam melibatkan 2,700 dos pertama, 4,779 dos kedua dan 1,749 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,689,336.
Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, lima kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam dengan dua kes di Melaka dan masing-masing satu kes di Johor, Sarawak dan Selangor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dos penggalak
#Kanak-kanak
#vaksin COVID-19
#COVIDNOW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan