awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

300 anggota parti pembangkang Pasir Salak dijangka keluar parti

Bernama
Bernama
08/04/2018
21:51 MYT
300 anggota parti pembangkang Pasir Salak dijangka keluar parti
Tajuddin berkata, sokongan rakyat terhadap pembangkang semakin hari semakin merosot seterusnya dijangka dapat memberi kemenangan besar kepada BN di Pasir Salak. - Gambar fail
Kira-kira 300 anggota pembangkang di kawasan Parlimen Pasir Salak dijangka bertindak keluar parti dalam masa terdekat.
Pengerusi Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata ia susulan tindakan 45 anggota termasuk bekas pemimpin Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Pasir Salak yang bertindak keluar parti pada Ahad.
"Susulan gelombang ini, saya percaya lebih ramai anggota parti pembangkang akan keluar dan menyertai BN sekali gus ia memberi tamparan hebat kepada pembangkang.
"Ini menunjukkan sokongan rakyat terhadap pembangkang semakin hari semakin merosot seterusnya dijangka dapat memberi kemenangan besar kepada BN di Pasir Salak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bilik Gerakan BN Kampung Telok di sini semalam.
Terdahulu, bekas Naib Ketua Pemuda PKR Cabang Pasir Salak Mohd Khairul Nizam Hajar bersama 44 anggota parti berkenaan bertindak keluar parti dan menyerahkan borang keahlian mereka kepada Tajuddin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#keluar parti
#pembangkang
#pilihan raya
#PKR
#Tajuddin Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan